Isnin, 20 Mac 2017

Kesalahan Dalam Bacaan Al-Qur'an


Kesalahan-kesalahan dalam bacaan Al-Qur'an terbahagi dua:
  1. Kesalahan Nyata.
  2. Kesalahan Tersembunyi.
Dalam episod ini hanya penerangan kesalahan-kesalahan nyata sahaja diberi. Ciri kesalahan nyata antaranya:
  • Berlaku pada sebutan huruf dan tanda-tanda bacaan.
  • Boleh mengubah makna ayat atau tafsirannya. 
  • Jika berlaku dalam bacaan rukun solat maka solat terbatal dan tidak sah. 
  • Dihukumkan haram dan berdosa.
Kesalahan-kesalahan nyata:
  1. Kesalahan sebutan huruf (Makhraj).
  2. Kesalahan baris.
  3. Kesalahan mad.
  4. Kesalahan pada bacaan tasydid
  5. Kesalahan pada bacaan sukun.
  6. Menambah huruf atau mengurangkan huruf.
  7. Menambah ayat atau mengurangkan ayat.

Rabu, 15 Mac 2017

Iltiqa Sakinain


  • Tanwin sebenarnya: Satu huruf yang berbaris dan satu lagi adalah nun sukun (mati).
  • Apabila tanwin bertemu dengan lam ta'rif (lam yang menandakan isim ma'rifah) maka tertegah bacaan tanwin. Oleh itu tanwin hendaklah dipecahkan bacaan menjadikan satu huruf yang berbaris dan satu lagi nun yang berbaris bawah.

Selasa, 7 Mac 2017

Bolehkah baca Al-Qur'an dengan Qira'at yang berbeza-beza?


  • Umat Islam Malaysia membaca Al-Qur'an dalam Qira'at Asim --> riwayat Hafs --> Tariq Syatibi.
  • Harus membaca Al-Qur'an dalam qira'at selain daripada Qira'at Asim seperti riwayat Qalun dan  Warsh dari qira'at Nafi' dan se-umpamanya.
  • Qira'at yang mutawatir ada 10 dan setiap qira'at ada dua periwayat.
  • Sah solat jika dibaca qira'at yang mutawatir.
  • Tidak sah solat jika dibaca dalamnya qira'at syaz (ada 4) kerana ia tidak dinamakan Al-Qur'an.

Khamis, 2 Mac 2017

Baca Dalam Hati



  • Ramai yang bertanya kepada saya tentang boleh atau tidak membaca bacaan solat, zikir atau bacaan Al-Qur'an dalam hati? Jawapannya tidak boleh.
  • Apabila dikatakan bacaan, ianya hendaklah dilafazkan atau disebut dengan lidah.
  • Lafaz sudah tentu mengeluarkan bunyi dan bunyi tersebut hendaklah sekurang-kurangnya didengari oleh mereka yang melafazkannya. Kecuali disebabkan oleh bunyi bising di sekeliling tempat yang dibaca.
  • Oleh itu tidak boleh dan tidak sah solat mereka yang membaca bacaan solat dalam hati.

Musyafahah Surah Al Baqarah: 235


Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.