- Nun sukun bertemu huruf hamzah dinaqalkan.
- تأتيهم diibdalkan menjadi تاتيهم
- أوتو dibaca 2/4/6 harakat (mad badal).
- Mad Muttasil, Mad Munfasil, Mad Lazim dibaca 6 harakat tanpa khilaf.
- الصّلوة dibaca taghliz lamnya.
- يوْتو dibaca ibdal.
- نار yang jar dibaca taqlil.
- البريّة dibaca البريئة
- خير , Ra sebelumnya terdapat huruf Ya' dibaca tarqiq (nipis).
- الأنهار dibaca naqal.
Rabu, 23 November 2016
Surah Al-Bayyinah Riwayat Warsh
Rabu, 16 November 2016
Panduan Membaca Isti'azah
Allah swt merintahkan kepada kita supaya membaca Isti'azah ketika ingin memulakan bacaan Al-Qur'an kerana syaitan boleh menggangu manusia dalam setiap ibadat ketaatan mahupun aqidah atau kepercayaan seseorang.
Kita dianjurkan supaya membacanya ketika mula membaca Al-Qur'an, ketika marah menguasai, ketika telinga berdesing, terjaga daripada mimpi yang buruk dan lain lain.
Istia'azah termasuk ayat-ayat ruqyah. Maka perbanyakkan membacanya ketika terasa ada ganguan dalam ibadat atau kehidupan harian.
Jumaat, 11 November 2016
Musuh Manusia
Musuh orang Islam bukan orang kafir. Musuh orang Islam bukan bangsa Yahudi atau mereka yang beragama Kristian. Musuh orang Islam bukan Obama atau Donald Trumph tetapi musuh orang Islam dan seluruh manusia ialah syaitan!
Firman Allah swt dalam surah Faatir: 6:
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ
Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
Iblis dan syaitan tidak pernah lupa bahawa musuh utama mereka adalah manusia. Tetapi manusia lupa bahawa musuh mereka yang sebenar-benarnya adalah Iblis dan syaitan. Syaitan juga buat kita lupa!
Allah swt telah mengajar kita cara-cara untuk menghadapi syaitan dengan memohon perlindungan denganNya dan melalui sunnah Rasulullah saw. Antaranya ialah dengan mengucap isti'azah, bertawakkal kepada Allah, membaca surah Al-Fatihah, surah Al-Baqarah, ayatatul-kursi, 4 qul sebagainya.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelak diri diganggu oleh syaitan, terkena sihir atau sakit ain. Tetapi, syaitan yang melupakan kita dengan membuatkan kita sibuk dengan benda-benda yang tiada dasarnya dalam agama.
INGATLAH MUSUH KITA MANUSIA ADALAH SYAITAN!!
Umpama kita sedang bertumbuk dengan seseorang. Apabila lawan kita menyerang, kita kena tangkis seupayanya dan kita harus menyerangnya kembali dengan tumbukan atau sepakan. Begitulah prosesnya sampai lawan kita itu kalah.
Amat malang sekli manusia jika kalah dengan syaitan yang akan membawa kita bersamanya ke neraka jahannam.
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ
"Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus." Al A'raf:16
Antara perkara yang datang daripada syaitan ialah:
LUPA. Dia akan buat manusia lupa pada Tuhan, lupa pada syariat, lupa rakaat solat, lupa baca basmalah ketika makan, lupa baca basmalah ketika keluar rumah, lupa bagi salam ketika masuk dalam rumah dsb.
MARAH. Dia akan membuat manusia bersangka buruk, bermusuhan antara manuisa. Sebab itulah Rasulullah mengajar kita beristi'azah ketika naik marah.
TAKUT. Dia buat manusia takut pada dia sedangkan Allah lah yang patut manusia takuti.
TIDAK BERSYUKUR: ثُمَّ لَآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ "Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)." Al A'raf:17
Ini adalah sebahagian kecil daripada tipu daya syaitan yang sedang berperang dengan manusia.
Ahad, 6 November 2016
Kedaifan sekolah agama di Kemboja
- Ini adalah pengalaman ketika berkhidmat di Comkar Ler, Kampong Cham, Kemboja.
- Kedaifah kebanyakan sekolah-sekolah agama di Kemboja amat ketara.
- Syukur ramai orang Malaysia yang bantu untuk membina masjid dan sekolah-sekolah agama.
- Namun banyak cara sumbangan yang perlu dibaiki dan difikirkan.
- Di Kemboja banyak sekolah didirikan oleh orang Malaysia, Brunei, Singapore dan negara-negara Arab tetapi banyak yang tutup.
- Kebanyakannya disebabkan masalah kewangan tenaga pengajar.
- Ustaz-ustaz terpaksa berhenti mengajar sementara dan mencari sara hidup keluarga kerana saguhati mengajar tidak disediakan oleh mereka yang telah membina sekolah agama tersebut.
- Ramai ustaz-ustaz Kemboja yang datang ke datang ke Malaysia untuk mencari rezki di sini.
- Oleh itu, Yayasan Akademi Al-Qur'an Kuala Lumpur menjalankan program yang dipanggil Jariah Ilmu.
- Saya dihantar untuk memberi kursus Al-Qur'an serta tunjuk ajar kepada guru-guru cara untuk menjana kewangan melalui yuran minima yang dikenakan ke atas setiap pelajar.
- Setiap pelajar diwajibkan membayar 100 riel (RM 0.10) kepada guru setiap kali habis sesi belajar.
- Selain itu saya juga turut mengajar mereka. Pelajar-pelajar Kemboja seronok bila tengok orang luar datang mengajar membuatkan pelajar makin bertambah di sekolah tersebut.
- Dalam pada itu Yayasan ada menganjurkan Ziarah Prihatin ke madrasah tersebut. Mereka datang sedekahkan pakaian dan perbelanjaan untuk madrasah dan guru.
- Selain itu Yayasan mula mememberi saguhati guru sebanyak $100 USD setiap bulan selama satu tahun.
- Untuk maklumat lebih lanjut tentang program YAAQKL (Yayasan Akademi Al-Qur'an Kuala Lumpur), bolehlah e-mail ke: yaaqkl@gmai.com atau whatsapp ke 011-26951568
Langgan:
Catatan (Atom)