Musuh orang Islam bukan orang kafir. Musuh orang Islam bukan bangsa Yahudi atau mereka yang beragama Kristian. Musuh orang Islam bukan Obama atau Donald Trumph tetapi musuh orang Islam dan seluruh manusia ialah syaitan!
Firman Allah swt dalam surah Faatir: 6:
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ
Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
Iblis dan syaitan tidak pernah lupa bahawa musuh utama mereka adalah manusia. Tetapi manusia lupa bahawa musuh mereka yang sebenar-benarnya adalah Iblis dan syaitan. Syaitan juga buat kita lupa!
Allah swt telah mengajar kita cara-cara untuk menghadapi syaitan dengan memohon perlindungan denganNya dan melalui sunnah Rasulullah saw. Antaranya ialah dengan mengucap isti'azah, bertawakkal kepada Allah, membaca surah Al-Fatihah, surah Al-Baqarah, ayatatul-kursi, 4 qul sebagainya.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelak diri diganggu oleh syaitan, terkena sihir atau sakit ain. Tetapi, syaitan yang melupakan kita dengan membuatkan kita sibuk dengan benda-benda yang tiada dasarnya dalam agama.
INGATLAH MUSUH KITA MANUSIA ADALAH SYAITAN!!
Umpama kita sedang bertumbuk dengan seseorang. Apabila lawan kita menyerang, kita kena tangkis seupayanya dan kita harus menyerangnya kembali dengan tumbukan atau sepakan. Begitulah prosesnya sampai lawan kita itu kalah.
Amat malang sekli manusia jika kalah dengan syaitan yang akan membawa kita bersamanya ke neraka jahannam.
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ
"Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus." Al A'raf:16
Antara perkara yang datang daripada syaitan ialah:
LUPA. Dia akan buat manusia lupa pada Tuhan, lupa pada syariat, lupa rakaat solat, lupa baca basmalah ketika makan, lupa baca basmalah ketika keluar rumah, lupa bagi salam ketika masuk dalam rumah dsb.
MARAH. Dia akan membuat manusia bersangka buruk, bermusuhan antara manuisa. Sebab itulah Rasulullah mengajar kita beristi'azah ketika naik marah.
TAKUT. Dia buat manusia takut pada dia sedangkan Allah lah yang patut manusia takuti.
TIDAK BERSYUKUR: ثُمَّ لَآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ "Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)." Al A'raf:17
Ini adalah sebahagian kecil daripada tipu daya syaitan yang sedang berperang dengan manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan