- Tidak mengapa memanjangkan mad asli padal lafaz Allah ketika takbir.
- Takbir bukan bacaan Al-Qur'an yang perlu ditartilkan atau ditajwidkan.
- Memadai dengan melafazkannya dengan makraj yang betul, baris yang betul dan tanda-tanda bacaan yang lain seperti tasydid & sukun.
- Perkara ini berlaku selain daripada Al-Qur'an seperti bacaan doa, membaca hadis dan sebagainya.
- Namun jika kita berdoa dalam dalam doa tersebut terdapat ayat suci Al-Qur'an maka hendaklah ditajwidkan bacaan Al-Qur'an tersebut.
Selasa, 28 Februari 2017
Takbir Dengan Mad
Jumaat, 24 Februari 2017
Kaedah Asas Bacaan Ra
- Sifat asal (sifat lazim) ra bukan Isti'la tetapi istifal.
- Tetapi terdapat kaedah menyebut huruf ra (sifat mendatang) bagi ra mati, sebelumnya pun mati dan sebelum huruf yang mati tadi ada huruf yang berbaris:
- Ra mati, sebelumnya pun mati, sebelum huruf yang mati tadi berbaris atas hendaklah dibaca tebal.
- Ra mati, sebelumnya pun mati sebelum huruf yang mati tadi berbaris bawah hendaklah dibaca nipis.
- Ra mati, sebelumnya pun mati sebelum huruf yang mati tadi berbaris hadapan hendaklah dibaca tebal.
Rabu, 15 Februari 2017
Penjual agama?

- Kejahilan manusia untuk menilai benda yang hak dan yang batil. Dengan kata lain, JAHIL AGAMA. Kalau masyarakat ramai yang tahu agama sudah tentu tiada yang berani offer servis macam ni kerana dia tahu kalau kamu berilmu, takleh tipu.
- Zalim kepada ustaz yang benar-benar ikhlas dan berilmu:
- Tidak memberi imbuhan yang setimpal.
- Selalu batalkan kelas-kelas agama yang telah ditetapkan hari dan masa. Tidak mintak digantikan kelas yang tertinggal. Ustaz ni, kebanyakan dibayar sekali datang, terus bayar. Kalau tak ganti, short lah income ustaz! Akibatnya mereka terpaksa cari sight-income atau kerja lain. Ada yang tinggalkan terus bidang agama. Sebab tul lah orang jahil ambil kesempatan. Nak nampak alim senang je. Pakai kupiah pakai jubah. DONE!
- Tidak mengenang jasa ustaz dan memandang rendah kepada mereka. Yang ni fikir-fikir lah sendiri.
- Untuk menjadikan seseorang mahir dalam sesuatu bidang mengambil masa yang agak lama dan wang yang banyak. Berlaku adillah kepada ustaz-ustaz ni. Ada seorang ustaz yang saya kenal belajar diluar negara selama 14 tahun dan bawa balik beratus-ratus kitab. Kemudian ambil master pulak kat UIA. Agak-agak berapa yang beliau habiskan wang untuk belajar dan beli kitab? Tiba-tiba kamu nak bayar dia dengan RM50/jam? Kammon lah... Duit minyak kereta atau motor pun tak lepas. Pergi mengajar sejam, perjalanan pergi balik atas kereta dah sejam setengah hingga dua jam. Tambahan kalau trafik jam.
- Ini saya nukilkan saguhati ustaz-ustaz sekitar lembah kelang:
- Home tuition: RM80 - RM120/jam
- Home tuition, Sabtu-Ahad: RM100 - RM150
- Surau & Office: RM150 - RM200/jam.
- Harga ini tertakluk kepada jarak perjalanan serta budi bicara dengan ustaz. Kalau nak panggil ustaz tolong bagi tahu berapa nak bayar. Jangan tanya ustaz sebab sesetengah ustaz segan nak bagitahu berapa nak caj.
- Tolong pastikan ustaz itu betul-betul mahir dalam bidang yang nak diajar.
Untuk mereka yang berlimu pula. Sabarlah menghadapi dugaan dengan sabar dan syukur. Setiap perkara ada balasannya.
KESIMPULAN:
- Yang memaqbulkan doa hanya Allah swt.
- Belajarlah agama! Jangan biarkan diri dalam kejahilan.
- Jangan sayang duit untuk berilmu.
- Carilah guru yang betul-betul mahir dalam bidang mereka & bidang agama ni luas.
- Bayarlah dengan setimpal guru yang mahir. Guru agama harus minta bayaran kerana mereka juga ada kos. Jika tidak mereka akan cari alternatif lain.
- Jagalah kebajikan mereka nescaya mereka akan sentiasa mendoakan anda.
Isnin, 13 Februari 2017
Lam Lafzul Jalalah Bhg - 1
- Penerangan tentang bacaan Lam Lafzul Jalalah dalam surah Aali-Imran: 26 mukasurat 53.
- Lam lafzul Jalalah sebelumnya terdapat huruf yang berbarsi bawah mestilah dibaca dengan nipis atau tarqiq.
- Perkataan Allahummah juga lafaz Allah.
- Lam Lafzul Jalalah mengikut Resam Usmani tidak di tanda sebagai mad.
- Lafaz ini mesti dibaca dengan mad.
Ahad, 12 Februari 2017
Penerangan Tentang Cara Waqaf & Ibtida'
- Sedikit penerangan berkenaan waqaf dan ibtida dalam bacaan Al-Qur'an.
- Waqaf dan ibtida' atau memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan adalah satu ilmu yang amat penting ketika membaca Al-Qur'an.
- Tanpanya kemungkinan besar makna atau tafsiran ayat boleh berubah seperti ucapan Ali r.a. apabila ditanya tentang apa itu tartil. Jawabnya: mentajwidkan huruf dan mengetahui waqaf-waqaf.
Langgan:
Catatan (Atom)