
- Kejahilan manusia untuk menilai benda yang hak dan yang batil. Dengan kata lain, JAHIL AGAMA. Kalau masyarakat ramai yang tahu agama sudah tentu tiada yang berani offer servis macam ni kerana dia tahu kalau kamu berilmu, takleh tipu.
- Zalim kepada ustaz yang benar-benar ikhlas dan berilmu:
- Tidak memberi imbuhan yang setimpal.
- Selalu batalkan kelas-kelas agama yang telah ditetapkan hari dan masa. Tidak mintak digantikan kelas yang tertinggal. Ustaz ni, kebanyakan dibayar sekali datang, terus bayar. Kalau tak ganti, short lah income ustaz! Akibatnya mereka terpaksa cari sight-income atau kerja lain. Ada yang tinggalkan terus bidang agama. Sebab tul lah orang jahil ambil kesempatan. Nak nampak alim senang je. Pakai kupiah pakai jubah. DONE!
- Tidak mengenang jasa ustaz dan memandang rendah kepada mereka. Yang ni fikir-fikir lah sendiri.
- Untuk menjadikan seseorang mahir dalam sesuatu bidang mengambil masa yang agak lama dan wang yang banyak. Berlaku adillah kepada ustaz-ustaz ni. Ada seorang ustaz yang saya kenal belajar diluar negara selama 14 tahun dan bawa balik beratus-ratus kitab. Kemudian ambil master pulak kat UIA. Agak-agak berapa yang beliau habiskan wang untuk belajar dan beli kitab? Tiba-tiba kamu nak bayar dia dengan RM50/jam? Kammon lah... Duit minyak kereta atau motor pun tak lepas. Pergi mengajar sejam, perjalanan pergi balik atas kereta dah sejam setengah hingga dua jam. Tambahan kalau trafik jam.
- Ini saya nukilkan saguhati ustaz-ustaz sekitar lembah kelang:
- Home tuition: RM80 - RM120/jam
- Home tuition, Sabtu-Ahad: RM100 - RM150
- Surau & Office: RM150 - RM200/jam.
- Harga ini tertakluk kepada jarak perjalanan serta budi bicara dengan ustaz. Kalau nak panggil ustaz tolong bagi tahu berapa nak bayar. Jangan tanya ustaz sebab sesetengah ustaz segan nak bagitahu berapa nak caj.
- Tolong pastikan ustaz itu betul-betul mahir dalam bidang yang nak diajar.
Untuk mereka yang berlimu pula. Sabarlah menghadapi dugaan dengan sabar dan syukur. Setiap perkara ada balasannya.
KESIMPULAN:
- Yang memaqbulkan doa hanya Allah swt.
- Belajarlah agama! Jangan biarkan diri dalam kejahilan.
- Jangan sayang duit untuk berilmu.
- Carilah guru yang betul-betul mahir dalam bidang mereka & bidang agama ni luas.
- Bayarlah dengan setimpal guru yang mahir. Guru agama harus minta bayaran kerana mereka juga ada kos. Jika tidak mereka akan cari alternatif lain.
- Jagalah kebajikan mereka nescaya mereka akan sentiasa mendoakan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan