Selasa, 30 Mei 2017

Panduan Tadarus Surah Aali Imran ayat 45



  • Perkataaan Ismu, jika dimulakan bacaan padanya hendaklah dibaca dengan baris bawah bukannya baris atas.
  • Ramai yang tersilap baca dengan baris atas atau hadapan. Paling ramai terbaca baris hadapan kerana fikiran mereka hamzah wasal bila huruf ke-tiganya berbaris hadapan maka hamzah wasal perlu dibaca dengan baris hadapan.

Isnin, 29 Mei 2017

Bacaan Surah Aali Imran ayat 26


  • Ayat ke 26 surah Aali Imran, pada perkatan اللهّمّ ملك الملك ini perlu dibaca pada kadar dua harakat bukannya satu harakat. Kerana perkataan ini juga perkataan Allah dalam bentu doa.

Fadhilat Membaca Al-Qur'an Bahagian 1


عَنْ عَبْد اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ رضى الله عنه يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ ».
“Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak mengatakan الم satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.
(HR. Tirmidzi dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 6469)
Mari mengira berapa huruf yang terdapat dalam satu mukasurat Al-Qur'an mushaf resam Uthmani dan berapa pahala yang bakal kita perolehi.

  1. Setiap huruf diberi ganjaran pahala 10 ganjaran kebaikan.
  2. Satu baris purata mengandungi 35 - 45 huruf.
  3. Satu mukasurat mengandungi 15 baris.
  4. 10 pahala x 40 huruf (purata) x 15 baris = 6000 pahala.
Banyak! Tunggu apa lagi?

Ahad, 28 Mei 2017

Panduan Tadarus - Bacaan Surah Al-Baqarah ayat 61



  • Ayat 61 surah Al-Baqarah, mukasurat 9,  اهبطوا perlu dibaris bawahkan ketika memulakan bacaan.
  • Jika mewasalkannya hendaklah dibaca naqal.

Sabtu, 27 Mei 2017

Bacaan Surah Al-Baqarah ayat 245





  • Ayat 245 surah Al-Baqarah perlu dibaca dengan sin bukannya sod.
  • Perkara ini berlaku bagi mereka yang membaca Al-Qur'an resam Uthmani dalam riwayat Hafs dari qiraat Asim.
  • Untuk makluman, umat Islam Malaysia membaca Al-Qur'an dengan Qiraat Asim yang diriwayatkan oleh Hafs melalui jalan (toriq) Syatibi.

Jumaat, 26 Mei 2017

Bacaan Surah Al-Baqarah ayat 180



  • Bacaan naqal pada surah Al-Baqarah: 180 mukasurat 27.
  • Ayat yang bertanda merah perlu dibaca dengan naqal.
  • Lihat video dan bezakan bacaan benar dan bacaan salah.

Rabu, 17 Mei 2017

Memulakan Bacaan Surah Aali Imran ayat 1 - 2



  • Terdapat 3 cara untuk memulakan bacaan Surah Aali Imran:
    1. Waqaf kemudian teruskan bacaan ke ayat ke-dua seperti biasa.
    2. Memulakan bacaan dan menyambungkannya ke dalam ayat yang ke-dua. Alif Laam Mim, Mim dibaca pada kadar 6 harakat dan dibaris ataskan.
    3. Memulakan bacaan dan menyambungkannya ke dalam ayat yang ke-dua. Alif Laam Mim, Mim dibaca pada kadar 2 harakat dan dibaris ataskan.

Khamis, 11 Mei 2017

Jumaat, 5 Mei 2017

Cara Mengubati Segala Penyakit 1


Maaf kerana menyepi buat seketika daripada membuat video dan menulis blog.



Kali saya ingin berkongsi pengalaman saya iaitu cara untuk merawat segala jenis penyakit. Sama ada penyakit kronik, medis, dalaman, ganguan makhluk halus dan sebagainya. Berikut ialah kaedahnya:

  1. Berdoa kepada Allah swt. Mengadu dan merengek kepadaNya tentang sakit atau penyakit yang anda hadapi. Kerana hanya Dia sahajalah Tuhan Yang Maha Penyembuh (As-Syaafi:  الشّافيّ).  Bertawasullah dengan Zat Allah Yang Maha Agong dengan menyebut sifat-sifatnya yang Yang Agong serperti Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Syaafi.
  2. Berikhtiyar atau berusaha melalui rawatan klinik, hospital, terapis trasional (urus), terapi melalui riadhah, peruqyah yang syar'ie dan sebagainya. Jangan sekali-kali berubat dengan mereka yang mendakwa ada kuasa mistik atau mengetahui perkara ghaib termasuk ustaz yang mendakwa tahu berapa jumlah jin yang ada dalam tubuh si pesakit.
Inilah cara yang saya lakukan keatas diri saya dan syukur الحمدللّه kebanyakan penyakit saya telah sembuh. Antara panyakit kronik yang saya hadapi ialah stroke (masih dalam terapi dan banyak improvement), glaucoma dan frozen shoulder. Dua penyakit akhir saya menolak untuk membuat pembedahan. Berkat saya amalkan kaedah yang telah saya sebutkan di atas, saya telah disahkan bebas daripada kedua-dua penyakit tersebut.

PENGAJARAN:
  1. Mohonlah segala-galanya kepada Sang Pencipta. Berdoa meningkatkan keyakinan kita kepada Allah jika selainnya, kita akan yakin kepada doktor, terapis atau peruqyah sebagai penyembuh. Maka berdoalah dahulu kemudian ikhtiyar.
  2. Carilah jalan yang benar untuk sembuh. Masyarakat kita selalunya apabila sakit akan ke hospital, kemudian ke rawatan alternatif. Apabila masih tak berkesan maka mulalah mereka pergi kepada perkara-perkara yang hampir syirik atau syirik. Wali'yazubillah.
InsyaAllah dalam tulisan yang akan datang saya akan kongsi tips mengubati penyakit secara ruqyah syar'iyyah kendiri.