
Kali saya ingin berkongsi pengalaman saya iaitu cara untuk merawat segala jenis penyakit. Sama ada penyakit kronik, medis, dalaman, ganguan makhluk halus dan sebagainya. Berikut ialah kaedahnya:
- Berdoa kepada Allah swt. Mengadu dan merengek kepadaNya tentang sakit atau penyakit yang anda hadapi. Kerana hanya Dia sahajalah Tuhan Yang Maha Penyembuh (As-Syaafi: الشّافيّ). Bertawasullah dengan Zat Allah Yang Maha Agong dengan menyebut sifat-sifatnya yang Yang Agong serperti Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Syaafi.
- Berikhtiyar atau berusaha melalui rawatan klinik, hospital, terapis trasional (urus), terapi melalui riadhah, peruqyah yang syar'ie dan sebagainya. Jangan sekali-kali berubat dengan mereka yang mendakwa ada kuasa mistik atau mengetahui perkara ghaib termasuk ustaz yang mendakwa tahu berapa jumlah jin yang ada dalam tubuh si pesakit.
Inilah cara yang saya lakukan keatas diri saya dan syukur الحمدللّه kebanyakan penyakit saya telah sembuh. Antara panyakit kronik yang saya hadapi ialah stroke (masih dalam terapi dan banyak improvement), glaucoma dan frozen shoulder. Dua penyakit akhir saya menolak untuk membuat pembedahan. Berkat saya amalkan kaedah yang telah saya sebutkan di atas, saya telah disahkan bebas daripada kedua-dua penyakit tersebut.
PENGAJARAN:
- Mohonlah segala-galanya kepada Sang Pencipta. Berdoa meningkatkan keyakinan kita kepada Allah jika selainnya, kita akan yakin kepada doktor, terapis atau peruqyah sebagai penyembuh. Maka berdoalah dahulu kemudian ikhtiyar.
- Carilah jalan yang benar untuk sembuh. Masyarakat kita selalunya apabila sakit akan ke hospital, kemudian ke rawatan alternatif. Apabila masih tak berkesan maka mulalah mereka pergi kepada perkara-perkara yang hampir syirik atau syirik. Wali'yazubillah.
InsyaAllah dalam tulisan yang akan datang saya akan kongsi tips mengubati penyakit secara ruqyah syar'iyyah kendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan