Menerima berita tentang pemergian sahabat seperguruaan, Ustaz Hj Abdul Wahab Rantau Panjang.
Menemui ajal yang telah ditentukan Allah akibat strok buat kali ke-3 di Hospital Besar Golok, Narahtiwat.
Akan di kembumikan di sebalah pusaraya ayahanda arwah di Kubang Gambang, Narathiwat, Thailand.
Sama-sama berguru dalam bidang:
Al-Qur'an dan tajwid dengan Tuan Guru Haji Abdullah Daud, Rantau Panjang, Kelantan.
Tarannum Al-Qur'an dengan Tuan Guru Haji Ismail, Lubuk Gong, Narathiwat, Thailand.
Semoga Allah swt mengampunkan dan merahmati beliau. اللهّمَ اغفرله وارحمه وعافه واعفنه
Saya pernah mengalami strok pada Oktober 2013 (hampir 3 tahun yang lepas).
Disaat terkena serangan strok, sebahagian ingatan saya hilang dan tidak boleh berkata-kata.
Hingga sekarang kesannya masih ada. Antaranya:
Lambat untuk mengira, menulis dan membaca.
Masih lambat untuk menetapkan yang mana kiri dan yang mana kanan.
Kaki kanan dari bahagian lutut kebawah masih kebas, kadang-kadang kejang dari atas paha sampai ke betis jika bawa kereta atau stress.
KETAHUILAH! Bahawa pesakit strok tidak akan pulih kecuali dengan izinkan Allah.
Mereka hanya boleh mengurangkan risiko dari terkena buat kali ke-dua dengan mengambil ubat hospital, mengamalkan diet yang semibang, rehab, melakukan senaman ringan atas nasihat doktor, belajar menangani stress dan mengambil makanan tambahan yang diperlukan.
Semua itu telah saya lakukan setelah berdoa hanya kepada Allah swt dan berserah kepadaNya terlebih dahulu
Mereka yang mengalami strok dikategorikan sebagai pesakit kronik. Sebab itu Baitul-Mal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan bantuan untuk mereka yang menengalaminya. DBKL juga ada menyediakan bantuan sewa bagi mereka yang mengalami strok.
Mudah-mudahan apa yang saya tulis ini dapat menjadi pengajaran kepada anda semua.
Sama-samalah kita syukuri nikmat kesehatan yang Allah swt anugerahkan untuk kita dengan mengamalkan cara hidup yang lebih sehat seperti yang saya telah tulis diatas.
Al-Qur'an perlu dibaca tepat sepertimana ia diturunkan kepada baginda Rasulullah saw.
Bacaan Al-Qur'an terpelihara kerana sanad iaitu sandaran daripada satu guru ke satu guru.
Dengan sanadlah bacaan Al-Qur'an yang sahih terpelihara hingga kini.
Sahabat r.hum mendengar dan mengambil bacaan daripada baginda Rasulullah saw.
Tabi'in menagambil bacaan daripada sahabat r.hum dan begitulah seterusnya.
Untuk mendapatkan sanad bacaan Al-Qur'an, pelajar hendaklah mengambil bacaan daripada guru yang mempunyai sanad yang bersambung sampai ke Rasulullah saw.
Guru juga hendaklah:
Mahir dalam bidang makharijul-huruf, sifat-sifat huruf hijiayah dan hukum hukum tajwid (mengetahui ilmu qiraat lebih bagus).
Boleh meluangkan masa, mendengar, meneliti dan menegur bacaan yang salah.
Boleh membawa contoh-contoh macamana bacaan yang salah dan macamana pula bacaan yang salah.
Ini antara pesan guru saya tuan Hj Abdullah Daud, Rantau Panjang setelah saya mendalami ilmu tajwid dengan beliau.
Oleh kerana artikel ini berkenaan dengan sanad, InsyaAllah kalah berkesempatan saya akan menulis tentant 3 orang guru saya yang sangat mahir dalam bacaan Al-Qur'an.
Cara mengambil bacaan daripada guru ada 2:
TALAQQI. Guru membaca satu ayat, pelajar meniru bacaan guru. Kemudian guru akan menyuruh pelajar membacanya lagi tanpa guru. Kalau ada kesalahan, guru akan menegur dan menyuruh pelajar memperbetulkan bacaan yang tersalah.
MUSYAFAHAH. Pelajar membaca, guru meneliti bacaan pelajar. Kalau ada kesalahan, guru akan menegur dan menyuruh pelajar memperbetulkan bacaan yang tersalah.
Apa yang penting adalah teguran. Teguran guru yang akan memahirkan.
Dhod jangan dilantunkan kerana ia bukan huruf bersifat qalqalah.
Nyatakan sifat Isti'la, Itbaq dan juga Istitolah (jahar, rakhawah jangan lupa).
Perlu diambil perhatian! Dhad bersifat RAKAHWAH bukan syiddah.
Maka, apabila kita membaca ولا الضّالّين jangan kita hentikan bacaan tasydid pada huruf dhod. Ini akan menjadikanya bersifat syiddah dan itu tidak betul.
Untuk mengetahui cara bacaan tasydid dhod ini hendaklah belajar dengan guru yang mahir dalam makhraj & sifat huruf.
Saya pernah menguruskan ibadah korban di negara Kemboja selama 8 tahun di bawah Talaqqi Serve & Yayasan Akademi Al-Qur'an Kuala Lumpur.
Tahun lepas tahun terakhir saya menguruskan ibadah korban di Kemboja dan harga satu bahagian lembu yang saya ambil termasuk caj perkhidmatan adalah RM380.
Kambing atau biri-biri kami tak buat.
Orang lain ada yang buat dengan harga semurah RM 250/bahagian dan ada pula yang buat dengan RM300/bahagian.
Ramai kata saya buat dengan harga yang mahal tetapi masih lagi ada orang minta saya uruskan.
Tahun ini saya lepas tanggung-jawab sepenuhnya. Sebab:
Harga ringgit jatuh berbanding dolar 4.00.
Harga lembu agak tinggi.
Tak jumpa lembu yang cukup umur dengan harga melepasi kos perkhidmatan.
Untuk melakukan ibadah korban, lembu mestilah cukup umur 2 tahun dan masuk tahun ke-tiga.
Saya mempunyai ramai rakan yang dikenali sebagai ustaz dan keluarga di Kemboja yang saya boleh minta tolong mereka carikan lembu yang sesuai untuk korban.
Mereka cari kemudian hantar gambar melalui whatsapp.
Perkara pertama yang saya tanya, adakah lembu tersebut cukup umur untuk di jadikan korban?
Setelah setuju dengan harga saya transfer wang ke akaun mereka untuk membeli lembu itu.
Dua atau tiga hari sebelum hari raya korban saya akan kesana sendiri untuk melihat lembu dan ibadah korban di jalankan.
PERINGATAN!
Silalah pergi sendiri dan lihat lembu yang kita hendak korbankan. Dikhuatiri ibadah korban kita tidak sah dek lembu yang tak cukup umur.
Sambil itu bolehlah hulurkan sendiri bantuan & lihat kedaifah ummat Islam di kampong kampong.
Sama juga dengan waqaf pam atau telaga. Kenapa diberi kepada satu keluarga? Sedangkan waqaf ni hak milik awam.
Saya taknak salahkan sesesiapa. Tetapi ini adalah kecuaian kita sendiri yang mengharapkan sesuatu ibadah dilakukan oleh orang lain yang mungkin mereka yang terlibat ada kepentingan peribadi atau keluarga.