- Al-Qur'an perlu dibaca tepat sepertimana ia diturunkan kepada baginda Rasulullah saw.
- Bacaan Al-Qur'an terpelihara kerana sanad iaitu sandaran daripada satu guru ke satu guru.
- Dengan sanadlah bacaan Al-Qur'an yang sahih terpelihara hingga kini.
- Sahabat r.hum mendengar dan mengambil bacaan daripada baginda Rasulullah saw.
- Tabi'in menagambil bacaan daripada sahabat r.hum dan begitulah seterusnya.
- Untuk mendapatkan sanad bacaan Al-Qur'an, pelajar hendaklah mengambil bacaan daripada guru yang mempunyai sanad yang bersambung sampai ke Rasulullah saw.
- Guru juga hendaklah:
- Mahir dalam bidang makharijul-huruf, sifat-sifat huruf hijiayah dan hukum hukum tajwid (mengetahui ilmu qiraat lebih bagus).
- Boleh meluangkan masa, mendengar, meneliti dan menegur bacaan yang salah.
- Boleh membawa contoh-contoh macamana bacaan yang salah dan macamana pula bacaan yang salah.
- Ini antara pesan guru saya tuan Hj Abdullah Daud, Rantau Panjang setelah saya mendalami ilmu tajwid dengan beliau.
- Oleh kerana artikel ini berkenaan dengan sanad, InsyaAllah kalah berkesempatan saya akan menulis tentant 3 orang guru saya yang sangat mahir dalam bacaan Al-Qur'an.
- Cara mengambil bacaan daripada guru ada 2:
- TALAQQI. Guru membaca satu ayat, pelajar meniru bacaan guru. Kemudian guru akan menyuruh pelajar membacanya lagi tanpa guru. Kalau ada kesalahan, guru akan menegur dan menyuruh pelajar memperbetulkan bacaan yang tersalah.
- MUSYAFAHAH. Pelajar membaca, guru meneliti bacaan pelajar. Kalau ada kesalahan, guru akan menegur dan menyuruh pelajar memperbetulkan bacaan yang tersalah.
- Apa yang penting adalah teguran. Teguran guru yang akan memahirkan.
Khamis, 22 September 2016
Sanad Al-Qur'an
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan