Ahad, 25 September 2016

Ustaz Abdul Wahab & Penyakit Stroke


  • Menerima berita tentang pemergian sahabat seperguruaan, Ustaz Hj Abdul Wahab Rantau Panjang.
  • Menemui ajal yang telah ditentukan Allah akibat strok buat kali ke-3 di Hospital Besar Golok, Narahtiwat.
  • Akan di kembumikan di sebalah pusaraya ayahanda arwah di Kubang Gambang, Narathiwat, Thailand.
  • Sama-sama berguru dalam bidang:
    • Al-Qur'an dan tajwid dengan Tuan Guru Haji Abdullah Daud, Rantau Panjang, Kelantan.
    • Tarannum Al-Qur'an dengan Tuan Guru Haji Ismail, Lubuk Gong, Narathiwat, Thailand.
  • Semoga Allah swt mengampunkan dan merahmati beliau. اللهّمَ اغفرله وارحمه وعافه واعفنه
  • Saya pernah mengalami strok pada Oktober 2013 (hampir 3 tahun yang lepas).
  • Disaat terkena serangan strok, sebahagian ingatan saya hilang dan tidak boleh berkata-kata.
  • Hingga sekarang kesannya masih ada. Antaranya:
    • Lambat untuk mengira, menulis dan membaca.
    • Masih lambat untuk menetapkan yang mana kiri dan yang mana kanan.
    • Kaki kanan dari bahagian lutut kebawah masih kebas, kadang-kadang kejang dari atas paha sampai ke betis jika bawa kereta atau stress.
  • KETAHUILAH! Bahawa pesakit strok tidak akan pulih kecuali dengan izinkan Allah.
  • Mereka hanya boleh mengurangkan risiko dari terkena buat kali ke-dua dengan mengambil ubat hospital, mengamalkan diet yang semibang, rehab, melakukan senaman ringan atas nasihat doktor, belajar menangani stress dan mengambil makanan tambahan yang diperlukan.
  • Semua itu telah saya lakukan setelah berdoa hanya kepada Allah swt dan berserah kepadaNya terlebih dahulu
  • Mereka yang mengalami strok dikategorikan sebagai pesakit kronik. Sebab itu Baitul-Mal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan bantuan untuk mereka yang menengalaminya. DBKL juga ada menyediakan bantuan sewa bagi mereka yang mengalami strok.
  • Mudah-mudahan apa yang saya tulis ini dapat menjadi pengajaran kepada anda semua.
  • Sama-samalah kita syukuri nikmat kesehatan yang Allah swt anugerahkan untuk kita dengan mengamalkan cara hidup yang lebih sehat seperti yang saya telah tulis diatas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan