Ahad, 27 Ogos 2017

Sebahagian Daripada Kursus Sebutan Huruf Hijaiyyah di MSU


Penjelasan tentang sebutan huruf Ra' yang bertasydid yang berbaris bawah. Kebanyakan pembaca Al-Qur'an membacanya dengan tebal menyebabkan bunyi sebutannya tidak fasih.

Selasa, 13 Jun 2017

Bacaan Surah Al-Maaidah ayat 3

  • Perkataan Al-Yaum hendaklah dibaca dengan baris atas kerana ianya lam ta'rif izhar qamari yang mesti dimulakan dengan baris atas.
  • Jika pembaca ingin mewasalkan bacaan iaitu menyambungkan bacaan dari perkataan sebelum al-yaum, pembaca mestilah melakukan iltiqa' sakinain (pertemuan dua sukun) dengan membaris bawahkan nun yang ada pada tanwin.

Jumaat, 2 Jun 2017

Bacaan Surah An-Nisa' ayat 171


  • Panduan tadarus siri ke 6.
  • Surah An-Nisa' ayat 171, mukasurat 105.
  • Perkataan yang bertanda merah hendaklah dibaris bawahkan bacaan kerana kaedah fi'il amar
    1. Jika huruf ke-tiga berbaris atas, hendaklah memulakan bacaan dengan baris bawah.
    2. Jika huruf ke-tiga berbaris bawah, hendaklah memulakan bacaanddengan baris bawah juga.
    3. Jika huruf ke-tiga berbaris hadapan, hendaklah memulakan bacaan dengan baris hadapan.

Selasa, 30 Mei 2017

Panduan Tadarus Surah Aali Imran ayat 45



  • Perkataaan Ismu, jika dimulakan bacaan padanya hendaklah dibaca dengan baris bawah bukannya baris atas.
  • Ramai yang tersilap baca dengan baris atas atau hadapan. Paling ramai terbaca baris hadapan kerana fikiran mereka hamzah wasal bila huruf ke-tiganya berbaris hadapan maka hamzah wasal perlu dibaca dengan baris hadapan.

Isnin, 29 Mei 2017

Bacaan Surah Aali Imran ayat 26


  • Ayat ke 26 surah Aali Imran, pada perkatan اللهّمّ ملك الملك ini perlu dibaca pada kadar dua harakat bukannya satu harakat. Kerana perkataan ini juga perkataan Allah dalam bentu doa.

Fadhilat Membaca Al-Qur'an Bahagian 1


عَنْ عَبْد اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ رضى الله عنه يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ ».
“Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak mengatakan الم satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.
(HR. Tirmidzi dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 6469)
Mari mengira berapa huruf yang terdapat dalam satu mukasurat Al-Qur'an mushaf resam Uthmani dan berapa pahala yang bakal kita perolehi.

  1. Setiap huruf diberi ganjaran pahala 10 ganjaran kebaikan.
  2. Satu baris purata mengandungi 35 - 45 huruf.
  3. Satu mukasurat mengandungi 15 baris.
  4. 10 pahala x 40 huruf (purata) x 15 baris = 6000 pahala.
Banyak! Tunggu apa lagi?

Ahad, 28 Mei 2017

Panduan Tadarus - Bacaan Surah Al-Baqarah ayat 61



  • Ayat 61 surah Al-Baqarah, mukasurat 9,  اهبطوا perlu dibaris bawahkan ketika memulakan bacaan.
  • Jika mewasalkannya hendaklah dibaca naqal.

Sabtu, 27 Mei 2017

Bacaan Surah Al-Baqarah ayat 245





  • Ayat 245 surah Al-Baqarah perlu dibaca dengan sin bukannya sod.
  • Perkara ini berlaku bagi mereka yang membaca Al-Qur'an resam Uthmani dalam riwayat Hafs dari qiraat Asim.
  • Untuk makluman, umat Islam Malaysia membaca Al-Qur'an dengan Qiraat Asim yang diriwayatkan oleh Hafs melalui jalan (toriq) Syatibi.

Jumaat, 26 Mei 2017

Bacaan Surah Al-Baqarah ayat 180



  • Bacaan naqal pada surah Al-Baqarah: 180 mukasurat 27.
  • Ayat yang bertanda merah perlu dibaca dengan naqal.
  • Lihat video dan bezakan bacaan benar dan bacaan salah.

Rabu, 17 Mei 2017

Memulakan Bacaan Surah Aali Imran ayat 1 - 2



  • Terdapat 3 cara untuk memulakan bacaan Surah Aali Imran:
    1. Waqaf kemudian teruskan bacaan ke ayat ke-dua seperti biasa.
    2. Memulakan bacaan dan menyambungkannya ke dalam ayat yang ke-dua. Alif Laam Mim, Mim dibaca pada kadar 6 harakat dan dibaris ataskan.
    3. Memulakan bacaan dan menyambungkannya ke dalam ayat yang ke-dua. Alif Laam Mim, Mim dibaca pada kadar 2 harakat dan dibaris ataskan.

Khamis, 11 Mei 2017

Jumaat, 5 Mei 2017

Cara Mengubati Segala Penyakit 1


Maaf kerana menyepi buat seketika daripada membuat video dan menulis blog.



Kali saya ingin berkongsi pengalaman saya iaitu cara untuk merawat segala jenis penyakit. Sama ada penyakit kronik, medis, dalaman, ganguan makhluk halus dan sebagainya. Berikut ialah kaedahnya:

  1. Berdoa kepada Allah swt. Mengadu dan merengek kepadaNya tentang sakit atau penyakit yang anda hadapi. Kerana hanya Dia sahajalah Tuhan Yang Maha Penyembuh (As-Syaafi:  الشّافيّ).  Bertawasullah dengan Zat Allah Yang Maha Agong dengan menyebut sifat-sifatnya yang Yang Agong serperti Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Syaafi.
  2. Berikhtiyar atau berusaha melalui rawatan klinik, hospital, terapis trasional (urus), terapi melalui riadhah, peruqyah yang syar'ie dan sebagainya. Jangan sekali-kali berubat dengan mereka yang mendakwa ada kuasa mistik atau mengetahui perkara ghaib termasuk ustaz yang mendakwa tahu berapa jumlah jin yang ada dalam tubuh si pesakit.
Inilah cara yang saya lakukan keatas diri saya dan syukur الحمدللّه kebanyakan penyakit saya telah sembuh. Antara panyakit kronik yang saya hadapi ialah stroke (masih dalam terapi dan banyak improvement), glaucoma dan frozen shoulder. Dua penyakit akhir saya menolak untuk membuat pembedahan. Berkat saya amalkan kaedah yang telah saya sebutkan di atas, saya telah disahkan bebas daripada kedua-dua penyakit tersebut.

PENGAJARAN:
  1. Mohonlah segala-galanya kepada Sang Pencipta. Berdoa meningkatkan keyakinan kita kepada Allah jika selainnya, kita akan yakin kepada doktor, terapis atau peruqyah sebagai penyembuh. Maka berdoalah dahulu kemudian ikhtiyar.
  2. Carilah jalan yang benar untuk sembuh. Masyarakat kita selalunya apabila sakit akan ke hospital, kemudian ke rawatan alternatif. Apabila masih tak berkesan maka mulalah mereka pergi kepada perkara-perkara yang hampir syirik atau syirik. Wali'yazubillah.
InsyaAllah dalam tulisan yang akan datang saya akan kongsi tips mengubati penyakit secara ruqyah syar'iyyah kendiri.

Selasa, 4 April 2017

Salah Tersembunyi


  • Al-Qur'an perlu dibaca dengan betul sepertimana ia diturunkan kepada Rasulullah saw.
  • Kesalahan dalam bacaan Al-Qur'an terbahagi kepada dua:
    1. Kesalahan nyata.
    2. Kesalahan tersembunyi.
  • Kesalahan tersembunyi:
    • Kesalahan pada bacaan mad cabangan (mad far'ie). Mad far'ie hendaklah dibaca mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh para qurra'.
    • Kesalahan dengung. Tidak menyermpurnakan kadar dengung.
    • Tidak dapat melafazkan sesetengah sifat-sifat huruf.
Sila lihat video untuk penjelasan lanjut.

Isnin, 20 Mac 2017

Kesalahan Dalam Bacaan Al-Qur'an


Kesalahan-kesalahan dalam bacaan Al-Qur'an terbahagi dua:
  1. Kesalahan Nyata.
  2. Kesalahan Tersembunyi.
Dalam episod ini hanya penerangan kesalahan-kesalahan nyata sahaja diberi. Ciri kesalahan nyata antaranya:
  • Berlaku pada sebutan huruf dan tanda-tanda bacaan.
  • Boleh mengubah makna ayat atau tafsirannya. 
  • Jika berlaku dalam bacaan rukun solat maka solat terbatal dan tidak sah. 
  • Dihukumkan haram dan berdosa.
Kesalahan-kesalahan nyata:
  1. Kesalahan sebutan huruf (Makhraj).
  2. Kesalahan baris.
  3. Kesalahan mad.
  4. Kesalahan pada bacaan tasydid
  5. Kesalahan pada bacaan sukun.
  6. Menambah huruf atau mengurangkan huruf.
  7. Menambah ayat atau mengurangkan ayat.

Rabu, 15 Mac 2017

Iltiqa Sakinain


  • Tanwin sebenarnya: Satu huruf yang berbaris dan satu lagi adalah nun sukun (mati).
  • Apabila tanwin bertemu dengan lam ta'rif (lam yang menandakan isim ma'rifah) maka tertegah bacaan tanwin. Oleh itu tanwin hendaklah dipecahkan bacaan menjadikan satu huruf yang berbaris dan satu lagi nun yang berbaris bawah.

Selasa, 7 Mac 2017

Bolehkah baca Al-Qur'an dengan Qira'at yang berbeza-beza?


  • Umat Islam Malaysia membaca Al-Qur'an dalam Qira'at Asim --> riwayat Hafs --> Tariq Syatibi.
  • Harus membaca Al-Qur'an dalam qira'at selain daripada Qira'at Asim seperti riwayat Qalun dan  Warsh dari qira'at Nafi' dan se-umpamanya.
  • Qira'at yang mutawatir ada 10 dan setiap qira'at ada dua periwayat.
  • Sah solat jika dibaca qira'at yang mutawatir.
  • Tidak sah solat jika dibaca dalamnya qira'at syaz (ada 4) kerana ia tidak dinamakan Al-Qur'an.

Khamis, 2 Mac 2017

Baca Dalam Hati



  • Ramai yang bertanya kepada saya tentang boleh atau tidak membaca bacaan solat, zikir atau bacaan Al-Qur'an dalam hati? Jawapannya tidak boleh.
  • Apabila dikatakan bacaan, ianya hendaklah dilafazkan atau disebut dengan lidah.
  • Lafaz sudah tentu mengeluarkan bunyi dan bunyi tersebut hendaklah sekurang-kurangnya didengari oleh mereka yang melafazkannya. Kecuali disebabkan oleh bunyi bising di sekeliling tempat yang dibaca.
  • Oleh itu tidak boleh dan tidak sah solat mereka yang membaca bacaan solat dalam hati.

Musyafahah Surah Al Baqarah: 235


Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

Selasa, 28 Februari 2017

Takbir Dengan Mad


  • Tidak mengapa memanjangkan mad asli padal lafaz Allah ketika takbir.
  • Takbir bukan bacaan Al-Qur'an yang perlu ditartilkan atau ditajwidkan.
  • Memadai dengan melafazkannya dengan makraj yang betul, baris yang betul dan tanda-tanda bacaan yang lain seperti tasydid & sukun.
  • Perkara ini berlaku selain daripada Al-Qur'an seperti bacaan doa, membaca hadis dan sebagainya.
  • Namun jika kita berdoa dalam dalam doa tersebut terdapat ayat suci Al-Qur'an maka hendaklah ditajwidkan bacaan Al-Qur'an tersebut.

Jumaat, 24 Februari 2017

Kaedah Asas Bacaan Ra



  • Sifat asal (sifat lazim) ra bukan Isti'la tetapi istifal.
  • Tetapi terdapat kaedah menyebut huruf ra (sifat mendatang) bagi ra mati, sebelumnya pun mati dan sebelum huruf yang mati tadi ada huruf yang berbaris:
    • Ra mati, sebelumnya pun mati, sebelum huruf yang mati tadi berbaris atas hendaklah dibaca tebal.
    • Ra mati, sebelumnya pun mati  sebelum huruf yang mati tadi berbaris bawah hendaklah dibaca nipis.
    • Ra mati, sebelumnya pun mati sebelum huruf yang mati tadi berbaris hadapan hendaklah dibaca tebal.

Rabu, 15 Februari 2017

Penjual agama?

Kita dikejutkan dengan seorang ustaz (konon-konon) yang menawarkan khidmat doa di Mekah yang pasti maqbul maka ramailah rakan-rakan whatsapp share dan tanya kepada saya. Antara soalan mereka yang famous, kenapa boleh jadi macam ni? Saya nak jawab secara ringkas dan mohon terasa siapa yang terlibat dalam drama yang tak berkesudahan ini.

  1. Kejahilan manusia untuk menilai benda yang hak dan yang batil. Dengan kata lain, JAHIL AGAMA. Kalau masyarakat ramai yang tahu agama sudah tentu tiada yang berani offer servis macam ni kerana dia tahu kalau kamu berilmu, takleh tipu.
  2. Zalim kepada ustaz yang benar-benar ikhlas dan berilmu:
    • Tidak memberi imbuhan yang setimpal.
    • Selalu batalkan kelas-kelas agama yang telah ditetapkan hari dan masa. Tidak mintak digantikan kelas yang tertinggal. Ustaz ni, kebanyakan dibayar sekali datang, terus bayar. Kalau tak ganti, short lah income ustaz! Akibatnya mereka terpaksa cari sight-income atau kerja lain. Ada yang tinggalkan terus bidang agama. Sebab tul lah orang jahil ambil kesempatan. Nak nampak alim senang je. Pakai kupiah pakai jubah. DONE!
    • Tidak mengenang jasa ustaz dan memandang rendah kepada mereka. Yang ni fikir-fikir lah sendiri.
  3. Untuk menjadikan seseorang mahir dalam sesuatu bidang mengambil masa yang agak lama dan wang yang banyak. Berlaku adillah kepada ustaz-ustaz ni. Ada seorang ustaz yang saya kenal belajar diluar negara selama 14 tahun dan bawa balik beratus-ratus kitab. Kemudian ambil master pulak kat UIA. Agak-agak berapa yang beliau habiskan wang untuk belajar dan beli kitab? Tiba-tiba kamu nak bayar dia dengan RM50/jam? Kammon lah... Duit minyak kereta atau motor pun tak lepas. Pergi mengajar sejam, perjalanan pergi balik atas kereta dah sejam setengah hingga dua jam. Tambahan kalau trafik jam. 
    • Ini saya nukilkan saguhati ustaz-ustaz sekitar lembah kelang:
      • Home tuition: RM80 - RM120/jam
      • Home tuition, Sabtu-Ahad: RM100 - RM150
      • Surau & Office: RM150 - RM200/jam.
    • Harga ini tertakluk kepada jarak perjalanan serta budi bicara dengan ustaz. Kalau nak panggil ustaz tolong bagi tahu berapa nak bayar. Jangan tanya ustaz sebab sesetengah ustaz segan nak bagitahu berapa nak caj.
    • Tolong pastikan ustaz itu betul-betul mahir dalam bidang yang nak diajar.
Untuk mereka yang berlimu pula. Sabarlah menghadapi dugaan dengan sabar dan syukur. Setiap perkara ada balasannya. 

KESIMPULAN:
  • Yang memaqbulkan doa hanya Allah swt.
  • Belajarlah agama! Jangan biarkan diri dalam kejahilan.
  • Jangan sayang duit untuk berilmu.
  • Carilah guru yang betul-betul mahir dalam bidang mereka & bidang agama ni luas.
  • Bayarlah dengan setimpal guru yang mahir. Guru agama harus minta bayaran kerana mereka juga ada kos. Jika tidak mereka akan cari alternatif lain.
  • Jagalah kebajikan mereka nescaya mereka akan sentiasa mendoakan anda.

Isnin, 13 Februari 2017

Lam Lafzul Jalalah Bhg - 1

  • Penerangan tentang bacaan Lam Lafzul Jalalah dalam surah Aali-Imran: 26 mukasurat 53.
  • Lam lafzul Jalalah sebelumnya terdapat huruf yang berbarsi bawah mestilah dibaca dengan nipis atau tarqiq.
  • Perkataan Allahummah juga lafaz Allah.
  • Lam Lafzul Jalalah mengikut Resam Usmani tidak di tanda sebagai mad.
  • Lafaz ini mesti dibaca dengan mad.

Ahad, 12 Februari 2017

Penerangan Tentang Cara Waqaf & Ibtida'

  • Sedikit penerangan berkenaan waqaf dan ibtida dalam bacaan Al-Qur'an.
  • Waqaf dan ibtida' atau memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan adalah satu ilmu yang amat penting ketika membaca Al-Qur'an.
  • Tanpanya kemungkinan besar makna atau tafsiran ayat boleh berubah seperti ucapan Ali r.a. apabila ditanya tentang apa itu tartil. Jawabnya: mentajwidkan huruf dan mengetahui waqaf-waqaf.