- Terdapat dalam surah Al-Maaidah ayat 28. Muka surat 112.
- Tiada tanda sukun pada huruf To' seperti kebiasaan.
- To' tidak boleh dibaca dengan qolqolah.
- Sebutan huruf To' hendaklah dimasukkan atau diidghamkan ke dalam huruf Ta' secara tidak sempurna (Naqis)
Selasa, 23 Ogos 2016
Bacaan Idham Naqis - Surah Al-Maaidah
Sabtu, 20 Ogos 2016
Jambatan Buluh di Kampong Cham, Kemboja
- Jambatan ini terletak di Kampong Cham, Kemboja dan jambatan ini menghubungkan bandar Kampong Cham dan Koh Pien@Koh Sotin.
- Jambatan ini keseluruhannya dibuat daripada buluh tanpa menggunakan simen.
- Setiap tahun apabila musim air pasang, jambatan ini akan tenggelam lenyap dan tidak kelihatan.
- Setelah air surut, sebuah syarikat swasta akan membina semula jambatan ini untuk dilalui oleh penduduk setempat dan peniaga-penaiga.
- Setiap pejalan-kaki, basikal, motosikal, kereta mahupun van akan dikenakan tol.
- Alternatif bagi jambatan ialah bot.
- Tambang bot juga mahal.
- Maka marilah kita mengucapkan syukur dengan nikmat yang Allah swt kurniakan kepada kita.
- وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
- "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"- Surah Ibrahim ayat 7.
Jumaat, 19 Ogos 2016
Cara Belajar Membaca Al-Qur'an
- Al-Qur'an ialah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril sebagai panduan serta cabaran iaitu mukjizat bagi manusia dan jin.
- Pembaca dijanjikan 10 ganjaran pahala bagi setiap huruf yang dibaca seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas`ud. Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah (Al-Qur`an) maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali lipat. Saya tidak mengatakan "Alif lam mim" itu satu huruf, tetapi "Alif" itu satu huruf, "Lam" itu satu huruf dan "Mim" itu satu huruf." (HR At Tirmidzi dan berkata, "Hadits hasan shahih).
- Al-Qur'an hendaklah dibaca tepat seperti diturunkan kepada Rasulullah saw dan Allah swt juga merintah supaya Al-Qur'an dibaca dengan tartil. Oleh itu, membaca Al-Qur'an dengan betul adalah fardhu ain manakala mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah.
- Untuk membaca Al-Qur'an dengan betul kita hendaklah mempelajarinya daripada guru yang mahir dalam bacaan Al-Qur'an. Guru tidak semestinya mempunyai sanad yang bersambung terus kepada Rasulullah saw tetapi cukup dengan pengetahuannya dalam makhraj huruf, sifat huruf dan ilmu tajwid.
- Ada dua cara balajar yang ditunjuk oleh baginda Rasulullah saw:
- Talaqqi. Iaitu guru membaca satu ayat yang ingin dipelajari kemudian pelajar meniru bacaan guru. Guru hendaklah memastikan pelajar itu membaca dengan betul melalui TEGURAN demi teguran sehingga tiada lagi kesalahan yang dilakukan.
- Musyafahah. Iaitu pelajar memperdengarkan bacaan kepada guru dan guru MENEGUR pelajar jika berlaku kesalahan pada bacaan. Guru hendaklah menyuruh pelajarnya mengulangi bacaan yang tersalah.
- Beginilah cara yang paling tepat yang pernah diajar oleh Rasulullah saw yang mengambil bacaan daripada Jibril as kemudian memengajarkannya kepada sahabat-sahabat baginda (ra.hum).
- Beginilah kesahihan bacaan Al-Qur'an terpelihara sejak diturunkan.
- PERHATIAN!!!! Mengambil bacaan atau sanad dengan cara membaca beramai-ramai di hadapan guru dan guru tidak menegur bacaan pelajar adalah salah.
- Guru yang bertanggung jawab ialah guru yang tidak membiarkan pelajarnya melakukan kesalahan dan menyuruh pelajarnya mengulangi bacaan sehingga betul.
Khamis, 18 Ogos 2016
Bacaan Al-Qur'an secara bermusyafahah - Surah As-Syarh
Berikut perkara yang perlu diperhatikan ketika membaca surah As-Syarh ini:
- Sebutan huruf Ha ( ح ) dan Sod ( ص ) pada ayat pertama hendaklah jelas.
- Sebutan huruf Ain ( ع ) dan Zai ( ز ) pada ayat ke-dua juga hendaklah jelas.
- Sebutan huruf Ain ( ع ), Dhod ( ض ) dan Tzo ( ظ ) pada ayat ke-tiga juga hendaklah jelas.
- Selanjutnya, huruf Ain, Sod dan Zai perlulah disebut dengan jelas.
Rabu, 17 Ogos 2016
Cara Mengucap Takbir Solat
- Takbiratul-Ihram ialah takbir yang diucapkan ketika kita sedang berdiri mengahadap kiblat dan sedang memulakan solat.
- Hukum mengucapkan takbir adalah wajib kerana takbir merupakan salah satu rukun solat yang tigabelas.
- Selain takbiratul-ihram, takbir-takbir lain adalah sunat (takbir perpindahan).
Selasa, 16 Ogos 2016
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, Kelantan

Upacara perletakan batu asas masjid yang diberi nama Masjid Cina atau Masjid Beijing ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra pada 8 Mac 2004. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.
Bekam Angin
- Terapi cara bekam angin banyak ditemui di negara asia seperti Cina, Vietnam, Kemboja, Laos dan Thailand.
- Kedah bekam angin ini juga dikenali sebagai bekam cina atau bekam kering.
- Bekam angin adalah bekam tanpa mengeluarkan darah.
- Kaedah bekam ini dikatakan boleh melegakan lenguh-lenguh serta sakit badan.
- Rawatan bekam angin ini boleh dilakukan sekerap yang mungkin kerana rawatan ini tiada kesan sampingan.
- Pembekam hendaklah berhati-hati dengan api yang dimasukkan ke dalam mangkuk atau cawan.
- Kepanasan mangkuk atau cawan mungkin akan meninggalkan kesan pada kulit.
- Video ini dirakam di Kemboja pada tahun 2015.
Isnin, 15 Ogos 2016
Surah Al-Baqarah ayat 191 - 194 - Part 4
Dalam video ini saya ingin menjelaskan tentang kesalahan yang ramai pembaca Al-Qur'an lakukan tanpa sedar. Iaitu mentasydidkan bacaan bagi huruf-huruf yang bersifat rukhawah. Sila dengar betul-betul apa yang saya tegur.
Tips Menulis Khat
Ramai di antara kita yang pernah belajar cara untuk menulis tulisan Jawi atau tulisan khat namun tidak ramai yang berjaya dek kerana kecewa dengan usaha yang tidak menampakkan hasil setelah berminggu-minggu berlatih.
Saya orang yang tidak percaya pada ungkapan bahawa perlu ada bakat untuk menulis atau melukis dengan baik. Bakat akan datang apabila kehendak yang tinggi dan usaha yang gigih bertemu. Untuk itu seseorang itu hendaklah menanamkan minat sedalam-dalamnya dengan melihat karya mereka yang telah berjaya.
Bagi sesiapa yang ingin belajar menulis tulisan khat, dapatkan dua urat gelang getah dan dua batang pensil. Ikatkan seurat gelang getah pada bahagian atas pensil dan seurat lagi pada bahagian bawah pensil. Sesuaikan ketinggian kedua-dua pensil mengikut keselesaan anda. Selamat mencuba
Ahad, 14 Ogos 2016
Surah Al-Baqarah ayat 191 - 194 (May 2016)
Terjemahan:
191 - Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.
192 - Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
193 - Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
Selasa, 9 Ogos 2016
Bacaan Surat Al-Fatihah berserta huraian
- Membaca Surah Al-Fatihah setiap kali kita mendirikan solat fardhu atau sunat adalah wajib (bagi mazhab imam Syafie) kerana ia salah satu daripada rukun-rukun solat.
- Bacaan hendaklah sekurang-kurangnya didengari oleh diri sendiri. Tidak sah solat orang yang membaca bacaan solat dalam hati atau secara berbisik.
- Sebutan huruf, makhraj, tanda baris, tasydid, sukun hendak betul.
- Sunat membaca Isti'azah sebelum membaca surah Al-Fatihah (أعوذ بالله من الشّيطان الرّجيم)
- Sunat menyebut ta'min (ءامين) selepas bacaan surah Al-Fatihah.
Hiburan Yang Melampau
Makin banyak hiburan-hiburan yang tidak memberi faedah kepada kehidupan di dunia dan juga akhirat pada masa kini. Hiburan sebegini banyak menghabiskan masa serta merbahaya kepada diri, keluarga, masyarakat dan juga negara.
INGATLAH!!! Kehidupan di dunia hanya buat seketika.
Zaman kanak-kanak dahulu sudah banyak masa yang kita habiskan dengan berkawan dan bermain. Zaman remaja pula, kita asyik dengan meneroka perkara-perkara baru yang mungkin sebahagiannya memberi manfaat kepada kehidupan kita. Bila dah masuk umur 30an kita asyik mencari keperluan hidup, mengejar kerjaya serta mula membina institusi keluarga. Bila umur mencecah 40an kebanyakan kita mula rasa sudah tua dan mula mencari maksud hidup. Itu pun kalau mereka sedar bahawa kehidupan ini ada penghujungnya.
Cuba kita fikir sejenak. Berapa lama masa yang kita ambil untuk menonton TV, scrolling FB, Twitter, Instagram, Youtube dan sebagainya? Tidakkah anda rasa semua perkara yang saya sebutkan itu banyak menghabiskan masa?
Saya mengajar Iqra', Al-Quran, Tajwid... Apabila pelajar saya bacakan kepada Iqra atau Al-Qur'an, saya tahu sebahagian daripada yang mereka tidak berlatih sebelum membaca. Bila di tanya, kenapa tak berlatih terlebih dahulu? Mereka jawab tiada masa. Saya hanya boleh nasihatkan kepada mereka supaya perbanyakkan latihan kerana banyak lagi ilmu yang wajib mereka pelajari. Aqidah, solat, puasa, nikah kahwin, berniaga dan sebagainya. Janganlah tunggu hingga ada masa baru nak mula belajar. Mungkin pada waktu itu minda, ingatan, penglihatan, pendengaran kita tidak lagi berfungsi dengan baik.
Langgan:
Catatan (Atom)