Jumaat, 19 Ogos 2016

Cara Belajar Membaca Al-Qur'an


  • Al-Qur'an ialah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril sebagai panduan serta cabaran iaitu mukjizat bagi manusia dan jin.
  • Pembaca dijanjikan 10 ganjaran pahala bagi setiap huruf yang dibaca seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas`ud. Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah (Al-Qur`an) maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali lipat. Saya tidak mengatakan "Alif lam mim" itu satu huruf, tetapi "Alif" itu satu huruf, "Lam" itu satu huruf dan "Mim" itu satu huruf." (HR At Tirmidzi dan berkata, "Hadits hasan shahih).
  • Al-Qur'an hendaklah dibaca tepat seperti diturunkan kepada Rasulullah saw dan Allah swt juga merintah supaya Al-Qur'an dibaca dengan tartil. Oleh itu, membaca Al-Qur'an dengan betul adalah fardhu ain manakala mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah. 
  • Untuk membaca Al-Qur'an dengan betul kita hendaklah mempelajarinya  daripada guru yang mahir dalam bacaan Al-Qur'an. Guru tidak semestinya mempunyai sanad yang bersambung terus kepada Rasulullah saw tetapi cukup dengan pengetahuannya dalam makhraj huruf, sifat huruf dan ilmu tajwid.
  • Ada dua cara balajar yang ditunjuk oleh baginda Rasulullah saw:
    1. Talaqqi. Iaitu guru membaca satu ayat yang ingin dipelajari kemudian pelajar meniru bacaan guru. Guru hendaklah memastikan pelajar itu membaca dengan betul melalui TEGURAN demi teguran sehingga tiada lagi kesalahan yang dilakukan.
    2. Musyafahah. Iaitu pelajar memperdengarkan bacaan kepada guru dan guru MENEGUR pelajar jika berlaku kesalahan pada bacaan. Guru hendaklah menyuruh pelajarnya mengulangi bacaan yang tersalah.
  • Beginilah cara yang paling tepat yang pernah diajar oleh Rasulullah saw yang mengambil bacaan daripada Jibril as kemudian memengajarkannya kepada sahabat-sahabat baginda (ra.hum).
  • Beginilah kesahihan bacaan Al-Qur'an terpelihara sejak diturunkan.
  • PERHATIAN!!!! Mengambil bacaan atau sanad dengan cara membaca beramai-ramai di hadapan guru dan guru tidak menegur bacaan pelajar adalah salah.
  • Guru yang bertanggung jawab ialah guru yang tidak membiarkan pelajarnya melakukan kesalahan dan menyuruh pelajarnya mengulangi bacaan sehingga betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan