Makin banyak hiburan-hiburan yang tidak memberi faedah kepada kehidupan di dunia dan juga akhirat pada masa kini. Hiburan sebegini banyak menghabiskan masa serta merbahaya kepada diri, keluarga, masyarakat dan juga negara.
INGATLAH!!! Kehidupan di dunia hanya buat seketika.
Zaman kanak-kanak dahulu sudah banyak masa yang kita habiskan dengan berkawan dan bermain. Zaman remaja pula, kita asyik dengan meneroka perkara-perkara baru yang mungkin sebahagiannya memberi manfaat kepada kehidupan kita. Bila dah masuk umur 30an kita asyik mencari keperluan hidup, mengejar kerjaya serta mula membina institusi keluarga. Bila umur mencecah 40an kebanyakan kita mula rasa sudah tua dan mula mencari maksud hidup. Itu pun kalau mereka sedar bahawa kehidupan ini ada penghujungnya.
Cuba kita fikir sejenak. Berapa lama masa yang kita ambil untuk menonton TV, scrolling FB, Twitter, Instagram, Youtube dan sebagainya? Tidakkah anda rasa semua perkara yang saya sebutkan itu banyak menghabiskan masa?
Saya mengajar Iqra', Al-Quran, Tajwid... Apabila pelajar saya bacakan kepada Iqra atau Al-Qur'an, saya tahu sebahagian daripada yang mereka tidak berlatih sebelum membaca. Bila di tanya, kenapa tak berlatih terlebih dahulu? Mereka jawab tiada masa. Saya hanya boleh nasihatkan kepada mereka supaya perbanyakkan latihan kerana banyak lagi ilmu yang wajib mereka pelajari. Aqidah, solat, puasa, nikah kahwin, berniaga dan sebagainya. Janganlah tunggu hingga ada masa baru nak mula belajar. Mungkin pada waktu itu minda, ingatan, penglihatan, pendengaran kita tidak lagi berfungsi dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan