Jambatan Buluh di Kampong Cham, Kemboja
VIDEO
Jambatan ini terletak di Kampong Cham, Kemboja dan jambatan ini menghubungkan bandar Kampong Cham dan Koh Pien@Koh Sotin.
Jambatan ini keseluruhannya dibuat daripada buluh tanpa menggunakan simen.
Setiap tahun apabila musim air pasang, jambatan ini akan tenggelam lenyap dan tidak kelihatan.
Setelah air surut, sebuah syarikat swasta akan membina semula jambatan ini untuk dilalui oleh penduduk setempat dan peniaga-penaiga.
Setiap pejalan-kaki, basikal, motosikal, kereta mahupun van akan dikenakan tol.
Alternatif bagi jambatan ialah bot.
Tambang bot juga mahal.
Maka marilah kita mengucapkan syukur dengan nikmat yang Allah swt kurniakan kepada kita.
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"- Surah Ibrahim ayat 7.
VIDEO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan