Rabu, 23 November 2016

Surah Al-Bayyinah Riwayat Warsh



  • Nun sukun bertemu huruf hamzah dinaqalkan.
  • تأتيهم diibdalkan menjadi تاتيهم
  • أوتو dibaca 2/4/6 harakat (mad badal).
  • Mad Muttasil, Mad Munfasil, Mad Lazim dibaca 6 harakat tanpa khilaf.
  • الصّلوة dibaca taghliz lamnya.
  • يوْتو dibaca ibdal.
  • نار yang jar dibaca taqlil.
  • البريّة dibaca البريئة
  • خير , Ra sebelumnya terdapat huruf Ya' dibaca tarqiq (nipis).
  • الأنهار dibaca naqal.

Rabu, 16 November 2016

Panduan Membaca Isti'azah


Allah swt merintahkan kepada kita supaya membaca Isti'azah ketika ingin memulakan bacaan Al-Qur'an kerana syaitan boleh menggangu manusia dalam setiap ibadat ketaatan mahupun aqidah atau kepercayaan seseorang.

Kita dianjurkan supaya membacanya ketika mula membaca Al-Qur'an, ketika marah menguasai, ketika telinga berdesing, terjaga daripada mimpi yang buruk dan lain lain.

Istia'azah termasuk ayat-ayat ruqyah. Maka perbanyakkan membacanya ketika terasa ada ganguan dalam ibadat atau kehidupan harian.

Jumaat, 11 November 2016

Musuh Manusia


Musuh orang Islam bukan orang kafir. Musuh orang Islam bukan bangsa Yahudi atau mereka yang beragama Kristian. Musuh orang Islam bukan Obama atau Donald Trumph tetapi musuh orang Islam dan seluruh manusia ialah syaitan!

Firman Allah swt dalam surah Faatir: 6:

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.

Iblis dan syaitan tidak pernah lupa bahawa musuh utama mereka adalah manusia. Tetapi manusia lupa bahawa musuh mereka yang sebenar-benarnya adalah Iblis dan syaitan. Syaitan juga buat kita lupa!

Allah swt telah mengajar kita cara-cara untuk menghadapi syaitan dengan memohon perlindungan denganNya dan melalui sunnah Rasulullah saw. Antaranya ialah dengan mengucap isti'azah, bertawakkal kepada Allah, membaca surah Al-Fatihah, surah Al-Baqarah, ayatatul-kursi, 4 qul sebagainya.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelak diri diganggu oleh syaitan, terkena sihir atau sakit ain. Tetapi, syaitan yang melupakan kita dengan membuatkan kita sibuk dengan benda-benda yang tiada dasarnya dalam agama.

INGATLAH  MUSUH KITA MANUSIA ADALAH SYAITAN!!

Umpama kita sedang bertumbuk dengan seseorang. Apabila lawan kita menyerang, kita kena tangkis seupayanya dan kita harus menyerangnya kembali dengan tumbukan atau sepakan. Begitulah prosesnya sampai lawan kita itu kalah.

Amat malang sekli manusia jika kalah dengan syaitan yang akan membawa kita bersamanya ke neraka jahannam.

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

"Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus." Al A'raf:16

Antara perkara yang datang daripada syaitan ialah:

LUPA. Dia akan buat manusia lupa pada Tuhan, lupa pada syariat, lupa rakaat solat, lupa baca basmalah ketika makan, lupa baca basmalah ketika keluar rumah, lupa bagi salam ketika masuk dalam rumah dsb.

MARAH. Dia akan membuat manusia bersangka buruk, bermusuhan antara manuisa. Sebab itulah Rasulullah mengajar kita beristi'azah ketika naik marah.

TAKUT. Dia buat manusia takut pada dia sedangkan Allah lah yang patut manusia takuti.

TIDAK BERSYUKUR: ثُمَّ لَآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ "Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)."  Al A'raf:17

Ini adalah sebahagian kecil daripada tipu daya syaitan yang sedang berperang dengan manusia.

Ahad, 6 November 2016

Kedaifan sekolah agama di Kemboja


  • Ini adalah pengalaman ketika berkhidmat di Comkar Ler, Kampong Cham, Kemboja.
  • Kedaifah kebanyakan sekolah-sekolah agama di Kemboja amat ketara.
  • Syukur ramai orang Malaysia yang bantu untuk membina masjid dan sekolah-sekolah agama.
  • Namun banyak cara sumbangan yang perlu dibaiki dan difikirkan.
  • Di Kemboja banyak sekolah didirikan oleh orang Malaysia, Brunei, Singapore dan negara-negara Arab tetapi banyak yang tutup.
  • Kebanyakannya disebabkan masalah kewangan tenaga pengajar.
  • Ustaz-ustaz terpaksa berhenti mengajar sementara dan mencari sara hidup keluarga kerana saguhati mengajar tidak disediakan oleh mereka yang telah membina sekolah agama tersebut.
  • Ramai ustaz-ustaz Kemboja yang datang ke datang ke Malaysia untuk mencari rezki di sini.
  • Oleh itu, Yayasan Akademi Al-Qur'an Kuala Lumpur menjalankan program yang dipanggil Jariah Ilmu.
  • Saya dihantar untuk memberi kursus Al-Qur'an serta tunjuk ajar kepada guru-guru cara untuk menjana kewangan melalui yuran minima yang dikenakan ke atas setiap pelajar.
    • Setiap pelajar diwajibkan membayar 100 riel (RM 0.10) kepada guru setiap kali habis sesi belajar.
  • Selain itu saya juga turut mengajar mereka. Pelajar-pelajar Kemboja seronok bila tengok orang luar datang mengajar membuatkan pelajar makin bertambah di sekolah tersebut.
  • Dalam pada itu Yayasan ada menganjurkan Ziarah Prihatin ke madrasah tersebut. Mereka datang sedekahkan pakaian dan perbelanjaan untuk madrasah dan guru.
  • Selain itu Yayasan mula mememberi saguhati guru sebanyak $100 USD setiap bulan selama satu tahun.
  • Untuk maklumat lebih lanjut tentang program YAAQKL (Yayasan Akademi Al-Qur'an Kuala Lumpur), bolehlah e-mail ke: yaaqkl@gmai.com atau whatsapp ke 011-26951568

Isnin, 24 Oktober 2016

Dailog Bahaya Ekstremisme: Ustaz Salman Ali | Ustaz Abu Syafiq



Salah satu cara dakwah. Pendekatan yang sangat baik. Dengarlah sampai habis. Nilailah sendiri.

Isnin, 10 Oktober 2016

Kebanyakan Penyakit Berpunca Daripada Makanan

Hari ini heboh tentang bersihkah Ais yang kita minum. Kenapa selama ini kita tidak tanya: Bersihkah makanan yang kita makan di kedai?

Situsasi kita sehari-hari (di bandar-bandar besar seluruh Malaysia):
  • Keluar kerja seawal jam 6.30 pagi bimbangkan kesekakan lalu lintas, takut tak sempat tiba pada masanya. Tak sempat masak untuk diri sendiri dan keluarga. Sarapan DI KEDAI.
  • Jam 10, ke kafetaria, makan kueh dan minum teh tarik dan sebagainya. Di mana? DI KEDAI.
  • Tiba jam 1, bergegas ajak kawan cari tempat makan special, sanggup merededah kesesakan untuk makan besar DI KEDAI.
  • Tiba waktu malam, perut lapar dan tak larat nak masak. Cari kedai, makan KAT KEDAI.
Persoalan: pernahkah anda bertanya pada diri anda sendiri:
  1. Berkhasiatkah makanan serta minuman yang anda makan? 
  2. Bersihkah makanan atau cara penyediaan makanan tersebut?
  3. Bersihkan tempat yang anda makan?
TEPUK DADA TANYA SELERA

Saya juga jarang-jarang makan di kedai tetapi saya pilih:
  1. Kedai yang menghidangkan makanan yang apabila dilihat, berselera nak makan.
  2. Kedai yang bersih. Tengok dari luaran anda semua dah tahu sebenarnya. Nak tahu lagi, pergilah ke belakang kedai atau dapur.
  3. Kedai yang bukan kawasan tikus membiak. Lauk yang terhidang dalam pinggan sangat menyelerakan namun........
NASIHAT :
  • Masaklah sendiri di rumah. Kita boleh pilih, nak yang berkhasiat, sedap dan sebagainya.
  • Kurangkan makan di kedai kerana sebab-sebab yang saya tulis di atas. Dan satu perkara lagi yang orang tidak terfikir bahawa makan di kedai mungkin mengundang SIHIR

Rabu, 5 Oktober 2016

Tajwid - Bacaan Mad



  • Mad bermaksud menambah atau memanjangkan.
  • Dari sudut istilah memanjangkan suara dengan salah satu huruf mad.
  • Huruf mad ada 3: Alif ا  , Ya' ى   Wau و
  • Syarat untuk menjadikan ke tiga-tiga huruf ini kepada mad:
    • Alif ( ا ) huruf sebelumnya mestilah berbaris atas (fathah).
    • Ya’ ( ى ) huruf sebelumnya mestilah berbaris bawah (kasrah)
    • Wau’ ( و ) huruf sebelumnya mestilah berbaris hadapan (dhommah)
  • Pada dasarnya, bacaan mad dibaca dengan 2 harakat atau 2 gerakan jari. InsyaAllah akan dibicangkan selanjutnya dalam tajuk Mad Asli dan Mad Far'ie

Selasa, 4 Oktober 2016

Mencari Rezki Yang Halal Fardhu Ain

  • Mencari rezki yang halal adalah fardhu ain (wajib bagi setiap individu). Firman Allah swt: يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ  Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Surah Al-Baqarah: 168
  • Banyak cara untuk mencari rezki yang halal antaranya berkerja, mengambil upah dan berniaga.
  • Berniaga pula hukumnya fardhu kifayah.
  • Menyediakan produk atau makanan yang halal bagi ummat Islam adalah wajib seperti yang saya sebutkan di atas.
  • Jika ada produk muslim, maka pembeli haruslah membeli produk muslim. Tiada keraguan lagi dalam hal itu. Kecuali tiada orang muslim yang keluarkan produk tersebut.
  • Belilah dan sokonglah produk muslim.
  • Non-muslim sentiasa mencari ruang memasarkan produk mereka sehingga produk muslim terpinggir di pasaran.
  • Banyak kes yang non-muslim tidak mahu memasarkan produk muslim.
  • Kalau muslim tak tolong muslim yang lain, siapa lagi nak tolong?


BINA PAINT MARKETING SDN BHD
  • No 10 Jalan 9/7, Taman IKS Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi,  03 8926 6168
  • https://www.facebook.com/binapaint
  • http://www.binapaint.com.my
Anugerah:
  • MS ISO 9001:2008 (sept 2007)
  • Eco-Label License from SIRIM (July 2011)
  • ENTERPRISE 50 AWARD PROGRAMME 2011 from SMEcorp
  • TERAJU PENERAJU BUMIPUTERA (2011) JPM
  • TERAS ( SYARIKAT BUMIPUTERA BERPRESTASI TINGGI) TERAJU
  • MALAYSIAN BRANDS from SME CORP
  • Senarai Bahan/Barang Buatan Tempatan (PERBENDAHARAAN MALAYSIA)

RESTAURAN SELERA NAN
  • Menyediakan menu gulai ayam, gulai ikan, nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, ikan, nasi ala Kak Wok dan sebagainya.
  • Boperasi di Taman Maluri, Ampang setiap hari Isnin hingga Jumaat 8.00am - 5.00pm
  • Location: 3.13005 101.73234
  • Jalan Perkasa 1, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Khamis, 29 September 2016

Pengajian Al-Qur'an Secara PERCUMA di Kuala Lumpur


  • Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur menawarkan pangajian Al-Qur'an, Iqra' dan tajwid secara percuma.
  • Beroperasi sejak 1998 di Wisma Yap Ah Shak, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
  • Pendaftaran baru dibuka.
  • Pendaftaran boleh dibuat di pejabat sekolah Yayasan seperti yang tertera pada imej.
  • Hubungi 03-2691 3286 untuk maklumat lanjut



Selasa, 27 September 2016

Ustaz Syed Mohd Fadzli Al Yamani


  • إنا لله وإنا إليه راجعون..
  • اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
  • Pernah bertemu ketika beliau belajar di Pakistan pada tahun 1990 (Madrasah berlainan)

Ahad, 25 September 2016

Ustaz Abdul Wahab & Penyakit Stroke


  • Menerima berita tentang pemergian sahabat seperguruaan, Ustaz Hj Abdul Wahab Rantau Panjang.
  • Menemui ajal yang telah ditentukan Allah akibat strok buat kali ke-3 di Hospital Besar Golok, Narahtiwat.
  • Akan di kembumikan di sebalah pusaraya ayahanda arwah di Kubang Gambang, Narathiwat, Thailand.
  • Sama-sama berguru dalam bidang:
    • Al-Qur'an dan tajwid dengan Tuan Guru Haji Abdullah Daud, Rantau Panjang, Kelantan.
    • Tarannum Al-Qur'an dengan Tuan Guru Haji Ismail, Lubuk Gong, Narathiwat, Thailand.
  • Semoga Allah swt mengampunkan dan merahmati beliau. اللهّمَ اغفرله وارحمه وعافه واعفنه
  • Saya pernah mengalami strok pada Oktober 2013 (hampir 3 tahun yang lepas).
  • Disaat terkena serangan strok, sebahagian ingatan saya hilang dan tidak boleh berkata-kata.
  • Hingga sekarang kesannya masih ada. Antaranya:
    • Lambat untuk mengira, menulis dan membaca.
    • Masih lambat untuk menetapkan yang mana kiri dan yang mana kanan.
    • Kaki kanan dari bahagian lutut kebawah masih kebas, kadang-kadang kejang dari atas paha sampai ke betis jika bawa kereta atau stress.
  • KETAHUILAH! Bahawa pesakit strok tidak akan pulih kecuali dengan izinkan Allah.
  • Mereka hanya boleh mengurangkan risiko dari terkena buat kali ke-dua dengan mengambil ubat hospital, mengamalkan diet yang semibang, rehab, melakukan senaman ringan atas nasihat doktor, belajar menangani stress dan mengambil makanan tambahan yang diperlukan.
  • Semua itu telah saya lakukan setelah berdoa hanya kepada Allah swt dan berserah kepadaNya terlebih dahulu
  • Mereka yang mengalami strok dikategorikan sebagai pesakit kronik. Sebab itu Baitul-Mal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan bantuan untuk mereka yang menengalaminya. DBKL juga ada menyediakan bantuan sewa bagi mereka yang mengalami strok.
  • Mudah-mudahan apa yang saya tulis ini dapat menjadi pengajaran kepada anda semua.
  • Sama-samalah kita syukuri nikmat kesehatan yang Allah swt anugerahkan untuk kita dengan mengamalkan cara hidup yang lebih sehat seperti yang saya telah tulis diatas.

Khamis, 22 September 2016

Sanad Al-Qur'an


  • Al-Qur'an perlu dibaca tepat sepertimana ia diturunkan kepada baginda Rasulullah saw.
  • Bacaan Al-Qur'an terpelihara kerana sanad iaitu sandaran daripada satu guru ke satu guru.
  • Dengan sanadlah bacaan Al-Qur'an yang sahih terpelihara hingga kini.
  • Sahabat r.hum mendengar dan mengambil bacaan daripada baginda Rasulullah saw.
  • Tabi'in menagambil bacaan daripada sahabat r.hum dan begitulah seterusnya.
  • Untuk mendapatkan sanad bacaan Al-Qur'an, pelajar hendaklah mengambil bacaan daripada guru yang mempunyai sanad yang bersambung sampai ke Rasulullah saw.
  • Guru juga hendaklah:
    • Mahir dalam bidang makharijul-huruf, sifat-sifat huruf hijiayah dan hukum hukum tajwid (mengetahui ilmu qiraat lebih bagus).
    • Boleh meluangkan masa, mendengar, meneliti dan menegur bacaan yang salah.
    • Boleh membawa contoh-contoh macamana bacaan yang salah dan macamana pula bacaan yang salah.
  • Ini antara pesan guru saya tuan Hj Abdullah Daud, Rantau Panjang setelah saya mendalami ilmu tajwid dengan beliau.
  • Oleh kerana artikel ini berkenaan dengan sanad, InsyaAllah kalah berkesempatan saya akan menulis tentant 3 orang guru saya yang sangat mahir dalam bacaan Al-Qur'an.
  • Cara mengambil bacaan daripada guru ada 2:
    • TALAQQI. Guru membaca satu ayat, pelajar meniru bacaan guru. Kemudian guru akan menyuruh pelajar membacanya lagi tanpa guru. Kalau ada kesalahan, guru akan menegur dan menyuruh pelajar memperbetulkan bacaan yang tersalah.
    • MUSYAFAHAH. Pelajar membaca, guru meneliti bacaan pelajar. Kalau ada kesalahan, guru akan menegur dan menyuruh pelajar memperbetulkan bacaan yang tersalah.
  • Apa yang penting adalah teguran. Teguran guru yang akan memahirkan.

Isnin, 19 September 2016

Cara Membaca Dhod di Akhir Kalimah


  • Surah Al-Baqarah ayat 145
  • بعض ada dua huruf sukun. Ain dan juga Dhod.
  • Ain dan dhod hendaklah dijelaskan.
  • Dhod jangan dilantunkan kerana ia bukan huruf bersifat qalqalah.
  • Nyatakan sifat Isti'la, Itbaq dan juga Istitolah (jahar, rakhawah jangan lupa).
  • Perlu diambil perhatian! Dhad bersifat RAKAHWAH bukan syiddah.
  • Maka, apabila kita membaca ولا الضّالّين jangan kita hentikan bacaan tasydid pada huruf dhod. Ini akan menjadikanya bersifat syiddah dan itu tidak betul.
  • Untuk mengetahui cara bacaan tasydid dhod ini hendaklah belajar dengan guru yang mahir dalam makhraj & sifat huruf.

Selasa, 6 September 2016

Musim Korban Datang Lagi


  • Saya pernah menguruskan ibadah korban di negara Kemboja selama 8 tahun di bawah Talaqqi Serve & Yayasan Akademi Al-Qur'an Kuala Lumpur.
  • Tahun lepas tahun terakhir saya menguruskan ibadah korban di Kemboja dan harga satu bahagian lembu yang saya ambil termasuk caj perkhidmatan adalah RM380.
  • Kambing atau biri-biri kami tak buat.
  • Orang lain ada yang buat dengan harga semurah RM 250/bahagian dan ada pula yang buat dengan RM300/bahagian.
  • Ramai kata saya buat dengan harga yang mahal tetapi masih lagi ada orang minta saya uruskan.
  • Tahun ini saya lepas tanggung-jawab sepenuhnya. Sebab:
    1. Harga ringgit jatuh berbanding dolar 4.00.
    2. Harga lembu agak tinggi.
    3. Tak jumpa lembu yang cukup umur dengan harga melepasi kos perkhidmatan.
  • Untuk melakukan ibadah korban, lembu mestilah cukup umur 2 tahun dan masuk tahun ke-tiga.
  • Saya mempunyai ramai rakan yang dikenali sebagai ustaz dan keluarga di Kemboja yang saya boleh minta tolong mereka carikan lembu yang sesuai untuk korban.
  • Mereka cari kemudian hantar gambar melalui whatsapp.
  • Perkara pertama yang saya tanya, adakah lembu tersebut cukup umur untuk di jadikan korban?
  • Setelah setuju dengan harga saya transfer wang ke akaun mereka untuk membeli lembu itu.
  • Dua atau tiga hari sebelum hari raya korban saya akan kesana sendiri untuk melihat lembu dan ibadah korban di jalankan.
PERINGATAN! 
  • Silalah pergi sendiri dan lihat lembu yang kita hendak korbankan. Dikhuatiri ibadah korban kita tidak sah dek lembu yang tak cukup umur.
  • Sambil itu bolehlah hulurkan sendiri bantuan & lihat kedaifah ummat Islam di kampong kampong.
  • Sama juga dengan waqaf pam atau telaga. Kenapa diberi kepada satu keluarga? Sedangkan waqaf ni hak milik awam.
  • Saya taknak salahkan sesesiapa. Tetapi ini adalah kecuaian kita sendiri yang mengharapkan sesuatu ibadah dilakukan oleh orang lain yang mungkin mereka yang terlibat ada kepentingan peribadi atau keluarga.

Selasa, 23 Ogos 2016

Bacaan Idham Naqis - Surah Al-Maaidah



  • Terdapat dalam surah Al-Maaidah ayat 28. Muka surat 112.
  • Tiada tanda sukun pada huruf To' seperti kebiasaan.
  • To' tidak boleh dibaca dengan qolqolah.
  • Sebutan huruf To' hendaklah dimasukkan atau diidghamkan ke dalam huruf Ta' secara tidak sempurna (Naqis)

Sabtu, 20 Ogos 2016

Jambatan Buluh di Kampong Cham, Kemboja



  • Jambatan ini terletak di Kampong Cham, Kemboja dan jambatan ini menghubungkan bandar Kampong Cham dan Koh Pien@Koh Sotin.
  • Jambatan ini keseluruhannya dibuat daripada buluh tanpa menggunakan simen.
  • Setiap tahun apabila musim air pasang, jambatan ini akan tenggelam lenyap dan tidak kelihatan.
  • Setelah air surut, sebuah syarikat swasta akan membina semula jambatan ini untuk dilalui oleh penduduk setempat dan  peniaga-penaiga.
  • Setiap pejalan-kaki, basikal, motosikal, kereta mahupun van akan dikenakan tol.
  • Alternatif bagi jambatan ialah bot.
  • Tambang bot juga mahal.
  • Maka marilah kita mengucapkan syukur dengan nikmat yang Allah swt kurniakan kepada kita. 
  • وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
  • "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"- Surah Ibrahim ayat 7.

Jumaat, 19 Ogos 2016

Cara Belajar Membaca Al-Qur'an


  • Al-Qur'an ialah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril sebagai panduan serta cabaran iaitu mukjizat bagi manusia dan jin.
  • Pembaca dijanjikan 10 ganjaran pahala bagi setiap huruf yang dibaca seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas`ud. Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah (Al-Qur`an) maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali lipat. Saya tidak mengatakan "Alif lam mim" itu satu huruf, tetapi "Alif" itu satu huruf, "Lam" itu satu huruf dan "Mim" itu satu huruf." (HR At Tirmidzi dan berkata, "Hadits hasan shahih).
  • Al-Qur'an hendaklah dibaca tepat seperti diturunkan kepada Rasulullah saw dan Allah swt juga merintah supaya Al-Qur'an dibaca dengan tartil. Oleh itu, membaca Al-Qur'an dengan betul adalah fardhu ain manakala mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah. 
  • Untuk membaca Al-Qur'an dengan betul kita hendaklah mempelajarinya  daripada guru yang mahir dalam bacaan Al-Qur'an. Guru tidak semestinya mempunyai sanad yang bersambung terus kepada Rasulullah saw tetapi cukup dengan pengetahuannya dalam makhraj huruf, sifat huruf dan ilmu tajwid.
  • Ada dua cara balajar yang ditunjuk oleh baginda Rasulullah saw:
    1. Talaqqi. Iaitu guru membaca satu ayat yang ingin dipelajari kemudian pelajar meniru bacaan guru. Guru hendaklah memastikan pelajar itu membaca dengan betul melalui TEGURAN demi teguran sehingga tiada lagi kesalahan yang dilakukan.
    2. Musyafahah. Iaitu pelajar memperdengarkan bacaan kepada guru dan guru MENEGUR pelajar jika berlaku kesalahan pada bacaan. Guru hendaklah menyuruh pelajarnya mengulangi bacaan yang tersalah.
  • Beginilah cara yang paling tepat yang pernah diajar oleh Rasulullah saw yang mengambil bacaan daripada Jibril as kemudian memengajarkannya kepada sahabat-sahabat baginda (ra.hum).
  • Beginilah kesahihan bacaan Al-Qur'an terpelihara sejak diturunkan.
  • PERHATIAN!!!! Mengambil bacaan atau sanad dengan cara membaca beramai-ramai di hadapan guru dan guru tidak menegur bacaan pelajar adalah salah.
  • Guru yang bertanggung jawab ialah guru yang tidak membiarkan pelajarnya melakukan kesalahan dan menyuruh pelajarnya mengulangi bacaan sehingga betul.

Khamis, 18 Ogos 2016

Bacaan Al-Qur'an secara bermusyafahah - Surah As-Syarh


Berikut perkara yang perlu diperhatikan ketika membaca surah As-Syarh ini:
  1. Sebutan huruf Ha ( ح ) dan Sod ( ص ) pada ayat pertama hendaklah jelas.
  2. Sebutan huruf Ain ( ع ) dan Zai ( ز ) pada ayat ke-dua juga hendaklah jelas.
  3. Sebutan huruf Ain ( ع ), Dhod ( ض ) dan Tzo ( ظ ) pada ayat ke-tiga juga hendaklah jelas.
  4. Selanjutnya, huruf Ain, Sod dan Zai perlulah disebut dengan jelas.

Rabu, 17 Ogos 2016

Cara Mengucap Takbir Solat


  • Takbiratul-Ihram ialah takbir yang diucapkan ketika kita sedang berdiri mengahadap kiblat dan sedang memulakan solat.
  • Hukum mengucapkan takbir adalah wajib kerana takbir merupakan salah satu rukun solat yang tigabelas.
  • Selain takbiratul-ihram, takbir-takbir lain adalah sunat (takbir perpindahan).

Selasa, 16 Ogos 2016

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, Kelantan

Chinese MosqueMasjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing merupakan masjid yang terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas - Rantau Panjang sekitar 2 Km dari Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar.. Keunikan seni bina masjid ini terletak pada senibinanya yang menggabungkan seni-bina Islam dan Cina dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,. Dari jauh, masjid ini kelihatan bukan seperti masjid tetapi menaranya yang tinggi membuatkan ia kelihatan lebih terserlah sebagai sebuah masjid.

Upacara perletakan batu asas masjid yang diberi nama Masjid Cina atau Masjid Beijing ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra pada 8 Mac 2004. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Bekam Angin


  • Terapi cara bekam angin banyak ditemui di negara asia seperti Cina, Vietnam, Kemboja, Laos dan Thailand.
  • Kedah bekam angin ini juga dikenali sebagai bekam cina atau bekam kering. 
  • Bekam angin adalah bekam tanpa mengeluarkan darah. 
  • Kaedah bekam ini dikatakan boleh melegakan lenguh-lenguh serta sakit badan. 
  • Rawatan bekam angin ini boleh dilakukan sekerap yang mungkin kerana rawatan ini tiada kesan sampingan. 
  • Pembekam hendaklah berhati-hati dengan api yang dimasukkan ke dalam mangkuk atau cawan.
  • Kepanasan mangkuk atau cawan mungkin akan meninggalkan kesan pada kulit.
  • Video ini dirakam di Kemboja pada tahun 2015.

Isnin, 15 Ogos 2016

Surah Al-Baqarah ayat 191 - 194 - Part 4


Beberapa hari lepas saya ada upload bacaan Al-Qur'an surah Al-Baqarah dari ayat 191 - 194. Ada 4 video sebenarnya. Video pertama ialah bacaan secara bertalaqqi tanpa ditegur kesalahannya. Manakala video kedua hingga yang keempat ialah bacaan secara musyafahah.

Dalam video ini saya ingin menjelaskan tentang kesalahan yang ramai pembaca Al-Qur'an lakukan tanpa sedar. Iaitu mentasydidkan bacaan bagi huruf-huruf yang bersifat rukhawah. Sila dengar betul-betul apa yang saya tegur.

Tips Menulis Khat




Ramai di antara kita yang pernah belajar cara untuk menulis tulisan Jawi atau tulisan khat namun tidak ramai yang berjaya dek kerana kecewa dengan usaha yang tidak menampakkan hasil setelah berminggu-minggu berlatih.

Saya orang yang tidak percaya pada ungkapan bahawa perlu ada bakat untuk menulis atau melukis dengan baik. Bakat akan datang apabila kehendak yang tinggi dan usaha yang gigih bertemu. Untuk itu seseorang itu hendaklah menanamkan minat sedalam-dalamnya dengan melihat karya mereka yang telah berjaya.

Bagi sesiapa yang ingin belajar menulis tulisan khat, dapatkan dua urat gelang getah dan dua batang pensil. Ikatkan seurat gelang getah pada bahagian atas pensil dan seurat lagi pada bahagian bawah pensil. Sesuaikan ketinggian kedua-dua pensil mengikut keselesaan anda. Selamat mencuba

Ahad, 14 Ogos 2016

Surah Al-Baqarah ayat 191 - 194 (May 2016)



Terjemahan:

191 - Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.

192 - Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

193 - Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.

Selasa, 9 Ogos 2016

Bacaan Surat Al-Fatihah berserta huraian

  • Membaca Surah Al-Fatihah setiap kali kita mendirikan solat fardhu atau sunat adalah wajib (bagi mazhab imam Syafie) kerana ia salah satu daripada rukun-rukun solat.
  • Bacaan hendaklah sekurang-kurangnya didengari oleh diri sendiri. Tidak sah solat orang yang membaca bacaan solat dalam hati atau secara berbisik. 
  • Sebutan huruf, makhraj, tanda baris, tasydid, sukun hendak betul. 
  • Sunat membaca Isti'azah sebelum membaca surah Al-Fatihah (أعوذ بالله من الشّيطان الرّجيم) 
  • Sunat menyebut ta'min (ءامين) selepas bacaan surah Al-Fatihah.

Hiburan Yang Melampau

Makin banyak hiburan-hiburan yang tidak memberi faedah kepada kehidupan di dunia dan juga akhirat pada masa kini. Hiburan sebegini banyak menghabiskan masa serta merbahaya kepada diri, keluarga, masyarakat dan juga negara.
INGATLAH!!! Kehidupan di dunia hanya buat seketika.
Zaman kanak-kanak dahulu sudah banyak masa yang kita habiskan dengan berkawan dan  bermain. Zaman remaja pula, kita asyik dengan meneroka perkara-perkara baru yang mungkin sebahagiannya memberi manfaat kepada kehidupan kita. Bila dah masuk umur 30an kita asyik mencari keperluan hidup, mengejar kerjaya serta mula membina institusi keluarga. Bila umur mencecah 40an kebanyakan kita mula rasa sudah tua dan mula mencari  maksud hidup. Itu pun kalau mereka sedar bahawa kehidupan ini ada penghujungnya.
Cuba kita fikir sejenak. Berapa lama masa yang kita ambil untuk menonton TV, scrolling FB, Twitter, Instagram, Youtube dan sebagainya?  Tidakkah anda rasa semua perkara yang saya sebutkan itu banyak menghabiskan masa? 
Saya mengajar Iqra', Al-Quran, Tajwid... Apabila pelajar saya bacakan kepada Iqra atau Al-Qur'an, saya tahu sebahagian daripada yang mereka tidak berlatih sebelum membaca. Bila di tanya, kenapa tak berlatih terlebih dahulu? Mereka jawab tiada masa. Saya hanya boleh nasihatkan kepada mereka supaya perbanyakkan latihan kerana banyak lagi ilmu yang wajib mereka pelajari. Aqidah, solat, puasa, nikah kahwin, berniaga dan sebagainya. Janganlah tunggu hingga ada masa baru nak mula belajar. Mungkin pada waktu itu minda, ingatan, penglihatan, pendengaran kita tidak lagi berfungsi dengan baik.